Malaysia Dateline

15 pereka Melayu dinobat sebagai Certified Industrial Designer

Seramai 15 pereka Melayu daripada 16 orang telah dinobatkan sebagai Certified Industrial Designer (CiDe) oleh Majli Rekabentuk Malaysia (MRM).

Manakala seorang lagi adalah pereka China yang turut digelar sebagai Certified Industrial Designer.

16 orang penerima tersebut adalah, Prof Emeritus Datuk dr Ahmad Zainuddin, Prof Madya Mohd Azali Abd Rahim, Mohamed Asri Ahmad, Abdul Munir Yahya, Mohamad Omar Bidin, Prof Madya Abdul Muta’ali Othman, Mohd Yusof Abd Rani, Prof Dr Mohamad Hariri Abdullah, Prof Dr Khairul Aizil Azlin Abd Rahman, Mohd Faiizudin Moh Sharuji, Dzulkhairi Asmat, Prof Madya Dr Saiful Bahari Mohd Yusoff, Azlan Othman, Zafri Zakari Merican, Eric Tiau Keong dan Mohd Bostami Ahmad.

Kesemua mereka telah menerima sijil Certified Industrial Designer daripada Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan dan Antarabangsa (MITI) Senator Datuk Lim Ban Hong dalam satu acara berprestij Malaysia Good Design Award 2021 (MGDA) dan Pensijilan Certified Industrial Designer (CIDe) yang berlangsung semalam.

15 pereka Melayu dinobat sebagai Certified Industrial Designer
Penerima sijil pengiktirafan MGDA

Pensijilan CiDe merupakan peluang untuk para pengeluar produk tempatan supaya lebih berdaya saing bagi mengekalkan posisi untuk terus maju setanding dengan negara-negara pengeluar yang lain.

MRM sebuah agensi di bawah MITI yang ditubuhkan pada 1993 bermatlamat untuk membuka peluang serta masa depan industri reba bentuk dan inovasi di Malaysia.

MRM bertindak sebagai badan pemikir dan penasihat program-program untuk melonjak kepakaran, keupayaan dan standard reka bentuk industri dalam negara.

Baca juga: Flashmob barang naik: Polis ‘datang’ ke Wisma AMANAH didakwa desak rampas komputer

Baca juga: Padah hisap vape, doktor terpaksa tebuk paru-paru pesakit untuk mudahkan bernafas