Malaysia Dateline

16 tahun dalam Umno dan Kabinet, Anwar masih laungkan ‘Reformasi’

Selama 16 tahun, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam Umno dan Kabinet, beliau masih tetap melaungkan ‘Reformasi’.

Anwar mempunyai pengalaman sendiri dan beliau cukup memahami budaya dan amalan orang Umno serta amat memahami budaya dan amalan pemimpin Umno termasuk yang sedang berkuasa sebagai kerajaan.

Malah kata Pengerusi Jawatankuasa Manifesto AMANAH Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria, 21 tahun pasca dipecat pada tahun 1998, Anwar konsisten bercakap soal reformasi dan integriti sebuah kepimpinan negara.

“Selama 37 tahun beliau bergelumang dalam politik tanah air dengan usia sudah mencecah 70an, ia satu peringkat umur ‘terakhir’ yang sesuai sebagai Perdana Menteri(PM).

“Walaupun sebelum ini Tun Mahathir Mohamed menjadi PM pada umur 93 tahun, itu adalah rezeki yang Allah kurniakan bukan pada semua orang dan ia harus disyukuri.

“Dari senarai pemimpin-pemimpin politik yang ada dalam negara tatkala ini, Anwar dilihat mempunyai ‘pakej yang terbaik’ dan ia wajar diberi peluang untuk merealisasikan apa yang sekian lama diucapkan dan diperjuangkannya, iaitu ‘Reformasi’,” ujar beliau ketika dihubungi.

Sejajar dengan itu tambah beliau, peluang yang ada ini tidak harus disia-siakan. Anwar wajar diberi peluang oleh rakyat Malaysia kali ini.

Baca juga: 6 laporan polis diterima terhadap pendakwah selebriti, 2 di Klang, 1 di Shah Alam dan 1 di Kajang

Baca juga: Lelaki Jepun dibayar RM319 untuk tidak melakukan apa-apa, inilah impian semua manusia