Malaysia Dateline

19 November perubahan landskap politik negara

19 November ini amat penting bagai rakyat Malaysia. Selama lebih 60 tahun rakyat dikongkong pemikiran dengan pemikiran perkauman sempit dan sejak akhir-akhir ini penunggang agama pula berganding diri ditampok kekuasaan.

60 tahun yang amat malang itu kita menyaksikan akhirnya terdedah pada PRU14 bagaimana rakusnya penguasa merembat dan mensakau harta dan wang rakyat. Kekayaan yang melimpah ruah, kehidupan yang ‘super exotic’ dengan percutian mewah atas kapal layar, membeli belah digedong mewah luar negara dan corak kehidupan yang melampaui pendapatan sebenar.

19 November merupakan satu peluang dan mungkin peluang terakhir bagi rakyat Malaysia bagi menyingkirkan penguasa bobrok dan rakus. Peluang inilah yang boleh digunakan oleh seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, yang mahukan pemerintahan dengan urus-tadbr serta tatakelola baik, pemerintahan yang mengutamakan rakyat terutama rakyat termiskin; Cina, India, Melayu, Iban, Kadazan, Murut dan pelbagai bangsa dalam negara.

Peluang inilah yang akan mempastikan sebuah kerajaan dibentuk dengan lunas perlembagaan dan demokrasi. Seterusnya kerajaan diurus dengan sistem yang telus, berintegriti, bebas rasuah, adil dan saksama dibentuk. Ini amat penting bagi membolehkan rakyat mengecap hidup yang dipimpim oleh pasukan kepimpinan yang berwibawa, berilmu dengan nilai kesarjanaan yang tinggi dan dirusu dengan nilai dan kebijakan

19 November adalah garis penentu diantara kerajaan yang akan merealisasi pembentukan kerajaan Malaysia yang menolak perkauman sempit, hormat menghormati dan membebaskan kita dari maklumat fitnah yang merosakkan daya intelek rakyat.

Perkauman yang boleh menjejaskan keharmornian masyarakat berbilang kaum harus ditolak. Sedang kita telah hidup bersama lebih dari 60 tahun, dalam masyarakat majmuk Malaysia yang unik, amalan perkauman tidak harus ada sama sekali. Kita harus sedar bahawa Allah mencipta kita Melayu, Cina, India dan pelbagai lagi kaum and etnik adalah untuk “Li Ta’aarafu” saling kenal mengenal, saling hormat menghormati.

Malah uniknya di negara ini kita harus saling berganding bahu untuk membina sebuah masyarakat madani dengan tamadun masa hadapan yang unggul dan mencipta daya-wibawa untuk maju kehadapan. Politik zaman Edan dengan Perasuah dibela, disanjung dan diberikan laluan karpet merah dan orang benar dicerca.

Inilah peluang kita untuk memadam dan seterunya menyahkan penguasa yang tidak mahu beranjak ke zaman yang lebih progressif (hanya mahu kekal dizaman edan). Seperti ungkapan Pujangga Jawa RONGGOWARSITO; “ zaman edan orang kaya semakin kaya sedangkan orang yang miskin semakin tidak berdaya. Zaman Edan penoh kebohongan, Zaman Edan adalah zaman Jutya “kejahatan”.

Kejahatan tumbuh di mana-mana kerana jiwa telah dikuasai oleh nafsu angkara murka, Di zaman edan, untuk melamar pekerjaan pun harus menyuap dulu baru diterima. Sedangkan korupsi meharajalela saat ini, orang yang sudah punya kedudukan dan hartanya berlimpah masih saja tidak merasa puas”.

19 November titik penting untuk kita bebas dari JUTYA (Kejahatan) terutama dari kepimpinan Umno/BN dan sekutunya yang menunggang agama dan membangkit resah perkauman.

19 November ini tarikh penting dan tarikh keramat. Rakyat bukan sahaja harus tapi wajib memilih saf dan pasukan kepimpinan baharu yang lebih berwibawa dan mampu memerintah dengan keilmuan yang tinggi. Kepimpinan yang menyantuni rakyat dan berkhidmat untuk rakyat, mempastikan keadilan semua kaum dan bangsa tertegak.

Kepimpinanan yang mempertahankan perlembagaan dan kedulatan undang-undang. Kita sudah tidak mahu kepimpinan yang membohongi rakyat, tiada ketelusan, mengaut segala yang ada dikiri kanannya untuk kepentingan diri, kroni dan keluarga (seperti ucapan Zahid Hamidi ketika mengalu-alukan kemasukan Tengku Zafrul kedalam Umno “Kaut apa yang boleh”).

19 November inilah masanya rakyat menjadikan ia tarikh keramat supaya kepimpinan baharu dinobatkan dan kita semua sebagai rakyat akan menjadi sebahagian institusi semak dan imbang selama sekurang-kurangnya 5 tahun pertama ini untuk membawa reformasi pentadbiran, sistem, pengurusan dan maruah negara dikembalikan.

19 November kita bergerak ke zaman baharu, meninggalkan kepimpinan zaman edan yang rakus dan haloba (pemimpin zaman gila).

19 November adalah titik permulaan bagi kita membina lanskap politik baharu untuk Malaysia. Di mulai dari penubuhan kerajaan baharu yang adil, telus dan berintegriti; pengurusan ekonomi harus dilonjak bagi menangani gawat ekomi yang sedang mendatang.

Walaupun Hadi Presiden PAS memperlekehkan meremehkan Bekas Menteri Kewangan Terbaik Asia dan juga merupakan salah seorang dari empat (4) tokoh Menteri Kewangan terbaik dunia pada tahun 1993 oleh Euromoney, iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim, kita percaya beliau dan pasukannya merupakan penyelamat.

Ini berasaskan penilaian oleh Euromoney bahawa pengalaman pengurusan ekonomi dan kewangan yang penuh berhemah dan tatakelola baik adalak DSAI akan membawa cahaya kepada negara. Ini bukan penilaian Lebai Kurap yang tidak ada ilmu pengurusan dan pentadbiran kewangan.

Penganilis Nageeb Gounjaria & Ahmad Farouk Musa, mengungkapkan dalam tulisn mereka mengenai DSAI bahawa era baharu yang bakal dikecapi oleh rakyat tidak pernah berlaku pada zaman sebelum ini, di mana era ini dicirikan oleh sebuah dunia yang bukan sahaja lebih global dan saling berhubung, bahkan juga lebih berkonflik, huru-hara, dan rumit.

Dalam mengharungi samudera ketidakpastian yang tidak menentu, maka pendekatan konvensional tidak lagi berfungsi. DSAI telah membaca semua ini. Oleh itu bagi merumus dan mentafsir pergerakan ekonomi pasca COVID19 terutama menjelang tahun rumit 2023, hanya boleh dilakukan oleh satu pasukan yang gagah, berwawasan dan berintegri.
Pasukan itu adalah pasukan baharu yang akan diketuai oleh DSAI. Gagal kita pada 19 November maka negara akan mengahadapi ketidaktentuan ekonomi dan pembangunan yang lestari. Kontrak akan terus-terusan dirembat oleh para penguasa bersongkok atau berserban, namun rakyat akan terus papa kedana.

19 November tarikh penting bagi anak muda. Anak muda memerlukan peluang pekerjaan yang terjamin dan penjanaan pendapatan yang penuh hikmah dan rahmah. Ini hanya boleh berlaku jika kerajaan yang dibentuk diyakini oleh pelabor antarabngsa dan kerajaan dunia. DSAI Anwar Ibrahim dan pasukannya dihormati seentero dunia.

Pelabur antarabangsa dalam bidang automotif, kesihatan, ICT termasuk Artificial Intelligence dan Sains data, biosains, pembuatan termaju dan tenaga lestari, ramai mengenali beliau. Kenal bukan kerana beliau DSAI, ttetapi kenal beliau kerana ketelusan, integriti, berpegang kepada urus-tadbir yang baik. Falsafah industri masa kini harus ditranformasikan bagi memberi ruang pekerjaan kepada golongan anak muda, bukan ruang memberi kontak ratusan juta kepada kontraktor kroni yang rakus.

Anak muda tidak lagi harus bergantung dengan semata-mata janji peluang pekerjaan, suntikan dana dan pemberian RM500 one-off, tetapi berkewajipan menyokong dan mengundi kerajaan baharu yang berkebolehan membawa industri era masakini yang berteraskan Internet of Things (IOT) dan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), Artifial Intelligence dan Machine Learning, Robotiks, Industri berkelajuan tinggi dan berkecekapan (Improved Speed and Efficiency) dan yang berteraskan Data dan Analitik.

Industri alaf baharu untuk anak muda dengan teras inilah yang akan menjamin ratusan ribu pekerjaan menjelang 2023 dengan pendapatan yang lumayan dan membina keselesaan hidup. Anak muda harus berfikir bahawa Umno/BN tidak membina semua ini, jika ada pun hanya retorik kosong. Mereka mahu minda anak muda terjajah dan hanya bergantung kepada ‘mereka’.

Anak muda harus ingat bahawa mereka perlu kehidupan yang nyaman, memiliki kediaman sendiri yang selesa seawal umur 25 tahun dan keluarga sakinah dan rahmah. 19 November ini penentunya, jika anak muda gagal membuat pilihan yang tepat, maka kita tanpa mengira kaum dan agama akan merempat ditanah air sendiri. Konglomerat akan bertambah kaya-raya, hidup mewah dengan keringat anak-anak muda, maka kita ditinggalkan seperti di zaman edan.

19 November adalah juga hari wanita untuk perubahan dan menjadi paksi utama dalam pemerintahan. Pemertabatan wanita amat penting dalam masyarakat madani. Mereka kaum yang harus dikehadapankan seperti mana Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah menjadi tunggak utama keilmuan dan pemerintahan. Merekalah watak penting dalam urus tadbir Rasulullah S.A.W dengan peranannya yang tersendiri.

Ekonomi wanita, penglibatan dalam pelbagai sektor memerlukan peranan agresif kaum wanita. Sama-sama berganding bahu tanpa mengira bangsa, kaum dan agama. Kita menghormati anutan agama lain namun mengangkat Islam ditempatnya yang sebenar.

Maka, tarikh keramat 19 November adalah tarikh bagi kaum wanita dalam negara bersama pasukan DSAI dan wanita-wanita agresif serta berwawasan seperti DS Wan Azizah, Hannah Yeoh, Fuziah Salleh, Teo Ning Ching, Yeong Safura Othman, Aiman Athira, Sangeet Kaud Deo, Nurul Izzah, Fadhlina Siddiq (sekadar menyebut beberpa) dan ramai lagi tokoh wanita veteran dan muda yang akan menggerakan aspirasi wanita pasca 19 November.

Kita mahu kerajaan didokong oleh bersama oleh wanita berilmu, bermaklumat dan sebahagian dari pasukan pemangkin kemajuan negara. Pasukan ini akan memerikan ruang wanita dalam pentadbiran eksekutif kerjaan yang lebih luas, penglibatan dalam kerajaan tempatan dan mengembangkan lagi partisipasi wanita deluruh sektor masyarakat. Hanya pasukan DSAI yang berwawasan sebegini.

19 November harus diangkat sebagai hari pembebasan, bebas dari penjajahan minda oleh Umno/BN selama lebih 60 tahun, kebebasan bersuara, kehidupan yang aman harmoni tanpa retorik perkauman, hidup dengan kepercayaan agama yang benar bukan pemboncengan agama, harmoni tanpa penguasaan golongan takfir dan penunggang agama, membina bersama masyarakat Melayu, Cina, India dan semua kaum yang ada dalam negara ini sebuah masyrakat madani yang bermaruah dan bernilai budaya tinggi.

19 November kita mahu negara yang bebas dari kemelut ekonomi dunia yang diramalkan bakal ribut dan tidak menentu. Oleh itu kita perlukan kerajaan yang mampu menanganinya dengan mempastikan urus tadbir serta tatakelola baik, bebas rasuah dan bebas amalan kronisma dan salah guna kuasa.

19 November adalah deklarasi rakyat menuntut pembentukan sebuah kabinet yang telus, kohesif (padu), berintegriti dan berwawasan. Deklarasi rakyat ini juga mahukan kabinet yang penuh kebertanggung-jawaban, menghormati institusi demokrasi dan Yang Di Pertuan Agong.

19 November adalah penyempurnaan tuntutan rakyat kepada pembentukan kabinet yang berfungsi (functional cabinet), menyahkan pembaziran tanpa fungsi (seperti bilangan sehingga 70 orang dan termasuk duta-duta khas tanpa fungsi) dan jumlah kabinet yang lebih kecil, dinamik dan sebuah kabinet rakyat. Perbezaan peruntukan emolumen kabinet yang lebih kecil boleh disalurkan kepada projek kebajikan rakyat.

Resolusi 19 November kita mahukan perubahan, kerajaan baharu terbentuk dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Gagal kita dinoktah ini, maka negara akan turut gagal.

(*) Penulis merupakan Fellow Islamic Academy of Science, yang berpengkalan di Jordan. Penulisan ini merupakan pendapat dan pandangan penulis dan bukan melambangkan pendirian akademi.

Baca juga: Alihkan undi kepada PH, jangan bazir kos RM1b urus PRU15

Baca juga: [VIDEO] Wartawan ni kena kacau gajah masa buat liputan, apa kesudahannya?