Malaysia Dateline

25% cukai 50% panggung: Kerajaan wajar semak semula, ia tidak adil risiko ditanggung penerbit

Kerajaan wajar semak semula cukai hiburan yang dikenakan kepada penerbit tempatan serta pulangan balik peratusan yang diberi kepada panggung kerana ia tidak adil dan risiko ditanggung penerbit.

25 peratus cukai hiburan yang dikenakan ke atas indsutri filem tempatan terlalu tinggi berbanding dengan negara jiran seperti Singapura dan juga Indonesia.

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan macam mana pembuat filem tempatan akan bertahan jika 25 peratus untuk cukai hiburan manakala 50 peratus pula dipulangkan ke pawagam.

“25 peratus ke cukai hiburan, 50 peratus ke pawagam dan hanya selepas itu, ini bukan sahaja bagi Mat Kilau tetapi bagi semua filem-filem tempatan macam mana pembuat filem akan bertahan.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Beliau mengutarakan tiga cadangan kepada kerajaan iaitu kerajaan hendaklah memotong cukai hiburan bagi industri filem tempatan.

“Di malaysia cukai kita antara yang tertinggi 25 peratus, di Singapura dan Indonesia tidak sampai 10 peratus pun,’ katanya.

Katanya, kutipan cukai hiburan wajib disalurkan semula kepada tabung industri filem negara tetapi apa yang berlaku hari ini ia disalurkan untuk cat pagar, tar jalan, atau tanam pokok.

“Cukai ini ini mesti digunakan secara spesifik.

“Perasan tak bagi filem-filem tempatan tidak ada ‘billboard’, banner atau poster besar-besar.

“Saya bila pergi ke pawagam tengok filem Mat Kilau nak tangkap gambar dengan Mat Kilau dan Awang pun tak ada sebab poster pun tidak ada kerana modal tidak mencukupi,” katanya.

Dan yang ketiga katanya, institusikan kebajikan kru perfileman, jangan setakat tengok ‘star actors’ sahaja serta jangan lupa ada kru yang bekerja lebih masa, tidak dibayar, gaji lambat, insurans tidak ada dan yang buat lagu royalti juga tidak dibayar.

“Yang lebih penting kontrak tidak boleh berat sebelah hak pencipta lagu dan filem perlu kekal ditangan pengkarya
lihat saja nasib arwah P Ramlee.

“Bagi pencinta seni tanah air marilah kita ubah polisi ini,” katanya.

Afdlin Shauki

Dalam pada itu, pelakon Datuk Afdlin Shauki turut meminta kerajaan membuat semakan semula terhadap cukai yang dikenakan kepada penerbit tempatan.

“Pasal tak ‘fair’ yang risiko ditanggung sepenuhnya oleh penerbit dan duit pulangan dikekahkan sebegitu.

“Sebab tu industri hiburan sentiasa tertekan dan tak boleh menghasilkan lebih ramai pembikin filem atau orang kreatif yang berjaya. Sebab tu orang kreatif masih ramai yang susah,” katanya.

Baca juga: Kutipan cecah RM12 juta: Sebenarnya filem Mat Kilau belum balik modal, untung pun belum lagi

Baca juga: Bunuh saudara hidap Albino, jadikan bahagian tubuh mangsa sebagai ‘tangkal’