Malaysia Dateline

3 langkah ikhtiar yang perlu dibuat elak duit dari akaun CIMB hilang

Ramai mula sangsi dengan sistem keselamatan di akaun CIMB berikutan seorang doktor telah kehilangan RM13,000 sekelip mata, para pengguna boleh mengambil langkah ihtiar awal untuk elak duit mereka hilang.

Ini merupakan ikhtiar awal yang dicadangkan seorang lelaki melalui Facebooknya Fariz Hazwan yang perlu dilakukan para pelanggan CIMB selain mengharapkan bank itu ‘upgrade’ keselamatan mereka.

Susulan kejadian itu, ramai pertikai macam mana boleh pindah wang ke akaun ‘scammer’ tanpa nombor TAC.

Menurut Fariz pemindahan wang tanpa nombor TAC berlaku kemunginan nombor akaun pelanggan telah di’link’ kepada telefon ‘scammer’.

“Sekiranya ada, boleh delete dan tukar password anda secepat mungkin.

“Boleh check selalu untuk pastikan tiada telefon tidak dikenali ada access kepada akauan CIMB anda.

“Ini ikhtiar selain nak mengharap CIMB upgrade security mereka,” kata beliau.

Fariz turut berkongsi gambar langkah awal untuk selamatkan akaun CIMB agar kejadian seperti itu tidak berulang.

Terdahulu, Doktor Rafidah Abdullah yang hampir 30 tahun menjadi pelanggan CIMB sangat sangat kecewa apabila wang RM13,000 lesap sekelip mata.

Melalui 3 transaksi di CIMB click berjumlah RM13 ribu pada jam 2.00 ke 2.30 pagi telah berpindah akaun tanpa meminta TAC nombor.

Baca juga: Kecoh RM13k hilang, warganet dedah CIMB pemegang rekod simpanan terburuk di Malaysia

Baca juga: Wartawan yang mengangkat hak wanita di Malaysia, kenali Azah Aziz