Malaysia Dateline

Kecoh RM13k hilang, warganet dedah CIMB pemegang rekod simpanan terburuk di Malaysia

Jumaat baru-baru ini kecoh selepas Pakar Nefrologi Dr Rafidah Abdullah telah hilang RM13,000 daripada akaun CIMB menyebabkan warganet mula bimbang dengan bank terbabit sehingga ada yang mendedahkan bank itu antara pemegang rekod paling buruk.

Ramai yang menzahirkan tidak percaya dengan keselamatan bank CIMB selepas kes Dr Rafidah viral.

Kecoh RM13k hilang, warganet dedah CIMB pemegang rekod simpanan terburuk di Malaysia

Susulan itu seorang warganet Hanani Yahaya yang meninggalkan komen di facebook Oh Media mendedahkan CIMB merupakan pemegang rekod simpanan terburuk di Malaysia selepas Maybank dan RHB.

“Komen ni menarik perhatian betul, terbaik Affin Bank. Kena beralih ke Affin Bank la pulak,” kongsi Hanis Fauzi.

Menurut Hanani Yahaya beliau lebih percaya kepada Affinbank yang sangat tinggi kawalan keselamatan mereka.

Beliau turut menceritakan bagaimana beliau dihubungi Affinbank untuk meminta pengesahan selepas transaksi wangnya tidak berjaya.

“Usaha staff Affinbank untuk alert customer sangat saya puji n system Affinbank sendiri,” katanya.

Kecoh RM13k hilang, warganet dedah CIMB pemegang rekod simpanan terburuk di Malaysia

Terdahulu, Rafidah Abdullah yang hampir 30 tahun dengan CIMB sangat sangat kecewa dengan bank terbabit kerana langsung tiada sekuriti.

Beliau melalui 3 transaksi di CIMB click berjumlah RM13 ribu pada jam 2.00 ke 2.30 pagi lesap sekelip mata tanpa minta TAC nombor.

Bagaimanapun, beliau sudah pun membuat laporan polis, laporan ke Bank Negara serta telah reset semua telefon dan buang aplikasi di Iphone yang digunakannya.

Difahamkan duit beliau dipindahkan ‘scammer’ dari CIMB ke Hong Leong Bank.

“Saya sudah buat laporan polis, CIMB, bank yang menerima duit saya (Hong Leong), email semua dan saya telah hantar laporan ke Bank Negara Malaysia,” katanya.

Rafidah berrarap Bank Negara Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap CIMB dan mana-mana bank yang memberi laluan perompak merompak hak rakyat Malaysia.

“Nampaknya sekarang kena letak duit bawah bantal sahaja,” katanya.

Baca juga: Hanya pesan makanan, tuan kedai caj 50sen kalau tak pesan minuman

Baca juga: Tak puas hati dengan konsert Billie Eilish, ada 9 lagi konsert akan menyusul hingga hujung 2022