Malaysia Dateline

3 remaja julang nama Permatang Pasir, Permatang Pauh dan Malaysia ke peringkat dunia

Kejayaan yang telah berjaya ditempa oleh tiga remaja Auni, Aina dan Aishah dari Dun Permatang Pasir dan Parlimen Permatang Pauh amat membanggakan kerana ia bukan saja menaikkan nama Permatang Pasir dan Permatang Pauh, tetapi juga Pulau Pinang dan Malaysia.

Ketiga-tiga remaja tersebut, Nur Auni Maisarah Shamsulrizal dan Farwizah Aina Ahmad Nizar adalah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti dan Noor Aishah Iskandar adalah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkuang telah berjaya melayakkan diri mewakili Malaysia ke Kejohanan Bola Tampar Pantai Dunia Bawah 19 Tahun pada pertengahan September tahun ini.

Adun Permatang Pasir, Faiz Fadzil ketika meraikan ketiga-tiga remaja tersebut berkata, beliau sejak awal lagi telah memberi sokongan kepada pasukan tersebut dengan menyediakan kemudahan asas sejak 4 tahun yang lalu.

“Sebagai wakil rakyat AMANAH yang telah diberi mandat melalui PH pelbagai usaha telah dilakukan sejak awal pentadbiran sehinggalah kini dan terbukti segala prasarana serta kemudahan yang disediakan membuahkan hasil sehingga ke peringkat dunia.

” Kemudahan seperti tapak gelanggang dan pasir bagi mereka mengadakan latihan telah disediakan sejak peringkat awal lagi empat tahun yang lalu dan terbukti hasil semangat, disiplin serta cita-cita yang tinggi, mereka kini telah berjaya menempa nama ke peringkat internasional.

“Trio remaja ini adalah contoh terbaik kepada anak muda dalam usaha mereka mencapai kejayaan dan Auni, Aina serta Aishah mampu untuk mengangkat martabat sukan negara sehingga ke puncak yang lebih tinggi pada masa hadapan,” ujar Faiz ketika ditemui.

Antara kejayaan yang telah berjaya mereka capai adalah Johan Terbuka Malaysia 2021, Naib Johan dan Ketiga Terbuka Singapura, Seagame Vietnam 2022, Gangsa Kelayakan Sukan Komonwel Sri Lanka dan kedudukan lima terbaik Asia bawah 19 serta layak ke Kejohanan Dunia bawah 19 pada September 2022.

Baca juga: Belum pun reda isu LCS kereta kebal ATM pula rosak di tengah jalan, netizen sekali lagi persoal kelengkapan ketenteraan negara

Baca juga: Ronaldo mahu beli kelab golf dan rancang hendak robohkan kerana menganggu pemandangan rumahnya