Malaysia Dateline

Belum pun reda isu LCS kereta kebal ATM pula rosak di tengah jalan, netizen sekali lagi persoal kelengkapan ketenteraan negara

Belum pun reda isu kapal tempur LCS, hari ini netizen sekali lagi mempersoalkan kelengkapan ketenteraan negara apabila kereta kebal Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula dilaporkan rosak di tengah jalan pagi tadi.

Kereta kebal milik Angkatan Tentera Malaysia dilapor rosak di Jalan Damansara, iaitu i susur Carcosa ke KL Sentral, kira-kira 10.30 pagi tadi menyebabkan laluan tengah jalan terhalang dan trafik sesak, renjer kemudian dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengawal lalu lintas.

Namun kejadian yang membabitkan kelengkapan tentera ini mula dipersoalkan netizen sehingga membangkitkan soal pertahanan negara.

Gara-gara kereta kebal ATM rosak di tengah jalan, netizen persoal kelengkapan kententeraan negara

“Ini lah negaraku Malaysia, kelengkapan pertahanan negara sudah patut dilupus ganti baru, itu baru kereta kebal rosak atas jalan, kalau jet pejuang rosak atas udara.????” soal Samion Ahmad di Fb Siakapkeli.

“Kapal selam xleh menyelam, jet takleh terbang, keter kebal rosak, sebab tu kena hukum tembak pemimpin rasuah mcm kat china. menggadaikan keselamatan negara. bajet billion semua kena sakau,” komen Muhd Faiz.

Gara-gara kereta kebal ATM rosak di tengah jalan, netizen persoal kelengkapan kententeraan negara

Bahkan ada yang menyifatkan kereta kebal terbabit terlalu lama sangat parkir kerana sudah lama tidak sambut kemerdekaan.

“Kereta kebal msia ni second hand atau baru? Parking lama sangat tak sambut merdeka,” komen Nadia Adnan.

Gara-gara kereta kebal ATM rosak di tengah jalan, netizen persoal kelengkapan kententeraan negara

Balas Imanwaja Iman kepada Nadia,” sebab Malaysia aman kereta kebal rehat makan tido…cuba Malaysia berperang macam negara lain, baru tak makan tak tido”.

Gara-gara kereta kebal ATM rosak di tengah jalan, netizen persoal kelengkapan kententeraan negara

Bagaimanapun, dalam satu balasan komen, Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat (KLCCC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memaklumkan jentera berkenaan sudah berjaya dialih dan ditunda ke kawasan selamat.

Tidak dipastikan apakah punca kerosakan kereta kebal berkenaan beserta lokasi yang hendak dituju.

Baca juga: Suami tuduh mandul selepas 5 tahun kahwin, akhirnya isteri hamil benih lelaki lain

Baca juga: Hidap penyakit bipolar sudah lebih 10 tahun, Janna Nick bukan hanya cari perhatian