Pakar Bedah terkenal, Dr. Nur Amalina Che Bakri, berkongsi kepada orang ramai tentang penjagaan selepas bersalin yang diamalkannya sehingga kelihatan begitu bertenaga dan cergas pada hari keempat berpantang.
Mana tidaknya, Dr Amalina baru-baru ini mengejutkan ramai kerana dia berkongsi gambar bersama puterinya, Arabella Mia keluar berjalan-jalan sekitar London walhal baru empat hari bersalin.
Dalam hantaran di Instagram semalam, Dr Amalina berkata, dia berpantang mengikut kajian saintifik yang disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalamannya sendiri sebagai seorang doktor.
DIa juga menyenaraikan lapan petua yang diamalkan termasuk mengamalkan makanan sihat dan seimbang bukan sahaja pada waktu berpantang, tetapi untuk seumur hidup.
Berikut perkongsian penuh Dr Amalina;
Ramai yang bertanya mengenai penjagaan selepas bersalin yang saya amalkan. Saya akan berkongsi amalan saya sendiri yang berdasarkan kajian saintifik yang disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalaman saya sendiri sebagai seorang doktor.
1. Amalkan makanan sihat & seimbang seumur hidup. Makan sayur-sayuran & buah. Kurang garam, gula & minyak. Makan secara bersederhana untuk mengekalkan berat yang ideal. Tidak perlu pantang telur/ayam jika tiada alahan.
2. Minum air kosong 2-3 liter sehari, kurangkan minum air manis contohnya air boba, milo.
3. Tingkatkan intensiti aktiviti seharian secara beransur-ansur. Jangan angkat barang yang lebih berat daripada bayi anda selama 6 minggu.
4. Jika anda bersalin secara normal tanpa komplikasi, anda boleh mulakan senaman ringan sebaik sahaja anda berasa bersedia. Ini termasuk berjalan kaki (untuk elak blood clots), kegel (pelvic floor exercise) dan senaman perut.
Anda digalakkan untuk menunggu 6 minggu sebelum memulakan senaman berimpak tinggi, seperti aerobik atau berlari.
Jika pendarahan (lochia) anda bertambah berat atau bertukar warna (menjadi merah jambu atau merah) selepas melakukan aktiviti, anda mungkin melakukan aktiviti secara berlebihan.
Kurangkan aktiviti dan pastikan anda mendapat banyak rehat. Pakai compression TED stockings untuk elak blood clots.
5. Jaga bahagian perineum. Basuh dengan air dari depan ke belakang & lap sehingga kering setiap hari. Tukar maternity pad every 3-4 hours. Jika bersalin melalui C-section, bersihkan & lap luka sehingga kering setiap hari, pakai pakaian longgar dan seluar dalam cotton & ambil ubat penahan sakit (paracetamol/ibuprofen selamat untuk breastfeeding).
Jaga kebersihan & mandi setiap hari. Ambil laxatives jika perlu untuk elak constipation.
6. Buat kegel exercise untuk menguatkan otot pelvis.
7. Elak hubungan seks sehingga darah lochia berhenti atau selama 6 minggu selepas bersalin.
8. Jaga kesihatan mental, jangan stress & enjoy your motherhood. Dapatkan sokongan daripada suami & keluarga.
Gaya hidup sihat perlulah dilakukan seumur hidup, bukan hanya dalam tempoh 44 hari selepas bersalin. Itulah tips mudah untuk jadi sihat sepanjang hayat, pesan Dr Amalina lagi.
Baca juga: Ular sawa ditemui kenyang disangka telan kambing rupanya wanita yang sudah hilang 3 hari
Baca juga: Sanggup menyamar sebagai lelaki untuk cari cinta, siap curi-curi duduk asrama lelaki lagi