Malaysia Dateline

4 langkah wajar dilakukan kerajaan untuk selamatkan syarikat kurier anak Malaysia

Pemuda AMANAH Nasional menggesa agar kerajaan memberikan perhatian yang segera terhadap masalah yang dihadapi oleh industri kurier tempatan dengan menuntut empat (4) langkah wajar dilakukan.

Empat langkah tersebut antaranya;

1.Moratorium lesen baharu harus dilanjutkan untuk tempoh 2 tahun lagi. Tambahan, mana-mana syarikat asing yang ingin mengambil alih pemegang lesen kurier sedia ada tidak harus dibenarkan membeli pegangan majoriti dalam syarikat berkenaan.

2.Dasar yang adil perlu diperkenalkan supaya pemain kurier tempatan dan asing dapat bersaing dengan adil.

Platform-platform e-Dagang perlu diwajibkan untuk memberi akses yang sama rata kepada semua syarikat kurier. Platform-platform ini tidak mengehadkan pilihan syarikat kurier untuk penjual dan pembeli mereka.

Tambah Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) harus menyiasat sama ada wujud elemen anti-persaingan dalam industri kurier.

3.Kerajaan perlu mengkaji pengenalan harga lantai untuk perkhidmatan penghantaran barangan supaya pendekatan “predatory pricing” dapat dihentikam Keputusan mengenai langkah ini perlu dibuat oleh sebuah jawatankuasa y
dianggotai oleh pemain industri, SKMM selaku agensi kawal selia dan Kemententerian Pengangkutan.

4.Sistem penalti yang tegas perlu diperkenalkan untuk menghukum syarikat ku yang didapati memberikan perkhidmatan tidak berkualiti, tanpa mengira syar tempatan atau asing.

Pengarah Strategi Pemuda AMANAH Nasional Ammar Atan berkata, infrastruktur kurier negara dipertahankan supaya syarikat milik anak Malaysia dapat bersaing dengan sihat.

“Di banyak negara-negara terma Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan, penglibatan syarikat kurier asing telah dihad dan hanya beberapa lesen telah diberikan kepada syarikat luar negara.

“Jika negara-negara ini boleh menjaga syarikat tempatan mereka, Malaysia juga boleh memperkenalkan yang sesuai tanpa mengganggu perkembangan industri kurier negara,” katanya.

Memandang seriusnya kemerosotan syarikat-syarikat kurier kelahiran tanah air yang semakin hari makin ditenggelamkan oleh beberapa syarikat asing yang didanai pelabur besar.

Ammar Atan

Jika kerajaan berterusan tidak mengendahkan isu ini, dikhuatiri infrastruktur kurier tempatan yang dibina selama ini akan dimonopoli oleh syarikat asing, kata beliau.

Akhirnya, situasi “Grab 2.0” akan berlaku, di mana syarikat-syarikat baharu sukar untuk bersaing dengan si monopoli, rakyat terpaksa membayar caj lebih tinggi dan para pekerja industri kurier tidak lagi mempunyai pilihan yang banyak.

Terdahulu, dilaporkan bahawa syarikat-syarikat kurier tempatan, terutamanya yang bersaiz lebih kecil, berpotensi gulung tikar dalam tempoh dua tahun akan datang.

Turut dilaporkan syarikat-syarikat tempatan tidak mampu bersaing dengan pemain-pemain asing yang menggunakan kaedah “predatory pricing” di mana harga perkhidmatan sengaja diturunkan ke bawah kos untuk melemahkan pesaing dan menguasai pasaran.

Pemuda AMANAH Nasional sama sekali tidak menolak kepentingan elemen persaingan dalam pasaran.

Namun, persaingan ini perlu adil supaya syarikat-syarikat kurier tempatan tidak “ditelan” begitu sahaja oleh pemain asing.

Manakala, jika pendekatan “predatory pricing” terus dilaksanakan di industri kurier Malaysia, kualiti perkhidmatan akan terus menjunam kerana ia mendorong para pemain industri akan mencari jalan mudah untuk memotong kos.

Kemerosoton mendadak kualiti perkhidmatan sebenarnya sudah bermula. Hanya dalam 5 bulan pertama tahun 2022, bilangan aduan yang diterima oleh Postal Forum berkaitan perkhidmatan kurier telah melonjak lebih 200%.

Baca juga: Kenyataan karut Hamzah tidak layak untuk seorang menteri kanan

Baca juga: Lelaki terus letak jawatan lepas gaji tersalah masuk, larikan diri dengan RM790,364