Malaysia Dateline

5 rahsia menjadi kaya-Lelaki ini bongkar bagaimana orang Cina membina kekayaan

Setiap orang sudah tentu mempunyai cita-cita atau impian menjadi kaya-raya untuk memenuhi segala kehendak dan kemahuannya sepanjang hidup selain membina kehidupan yang mewah untuk anak cucu kelak.

Hidup kaya raya dan serba berkecukupan merupakan impian semua orang meski demikian, mencapai impian menjadi kaya ini semua tidak semudah yang disangka perlukan segala pengorbanan.

Namun banyak orang yang bertanya, bagaimana mahu membina kekayaan seperti orang Cina yang rata-rata memiliki kehidupan lebih berada berbanding kaum lain.

Membina kekayaan kemudian mengekalkan kekayaan bukan semudah bagai dikata, Pengasas AKTA Tuition Maths & Add Maths Tutor Adam Kelvin berkongsi 5 rahsia sebenar orang Cina membina kejayaan. Iaitu;

1.Bantu adik-beradik.

Dalam keluarga Cina, kalau anak sulung tu jutawan, dia akan share rahsia bisnes dan bangunkan bisnes bersama-sama adik beradiknya.

Contoh paling dekat sepupu saya. Dia anak sulung dan berjaya buka kedai jual kereta mewah import. Kemudian, dia ajar adik-adiknya lagi 3 orang dibawah buat bisnes berkaitan kereta. Adik kedua buka kedai repair kereta, adik ketiga buka kedai servis aircond kereta dan yang bongsu buka kedai aksesori atau make up kereta.
Dan hasilnya mereka semua kaya dan jutawan underground.

Kami tak sampai hati tengok adik-beradik susah sedangkan ada yang senang diantara kami. Jadi sama-sama belajar untuk bina kekayaan. Senang adik-beradik, senang hati kami.

Kami pegang prinsip, if you want go fast, go alone. If you want go far, go together.

2.Harta yang ada dikembangkan.

Kalau ada cash banyak atau dapat duit ratus-ratus ribu, jarang kami plan nak kahwin banyak. Haha..sebab tambah beban dan harta lagi kecil portion bila dibahagikan.

Apa yang kami buat ialah kami beli rumah atau hartanah RM100k dalam 2-3 biji sebagai long term investment. Bina portfolio hartanah. Hartanah tu akan double up dua kali ganda ke dalam 10 tahun.

Sebab tu jangan pelik ada family Cina walaupun dah dewasa masih tinggal bersama dengan parents. Duit lebihan tu mereka beli rumah dan bagi orang sewa. Atau yang lebih hebat lagi, tetiba dah ada sebuah pasaraya hasil pakat kumpul sesama keluarga.

Kami jaranglah berebut harta. Selalunya kami berpakat untuk kembangkan harta yang ditinggalkan tu. Sama ada jual kemudian flip beli bangunan atau kedai untuk disewakan. Duit tu dibahagi sama rata.
WE LOVE PROPERTIES. HAHA.

Tapi saya tak ada banyak rumah pun. Sebiji saja untuk duduk. Senduu.

3.Gembira atas kejayaan orang lain terutamanya ahli keluarga.

Perasan tak kalau kedai cina yang baru bukak, akan ada banyak jambangan bunga wish luck dan berjaya dalam perniagaan kepada bisnes owner tu.

Kami sangat gembira kalau ahli keluarga atau kawan-kawan berjaya dalam bisnes. Tandanya parents pun takkan hidup susah dan tidaklah anak sorang yang berjaya tu saja perlu menanggung parents. Lagi senang untuk berpakat bantu keluarga dengan hasil yang dituai.

Tak perlu nak dengki ke apa sebab kita sendiri menyaksikan betapa susahnya mereka nak bina sesebuah perniagaan.
Even ada je dengki. Tipulah kalau kata tak ada langsung kan. Tapi circle saya mostly tak ada nak dengki. Mereka even support beli produk atau guna servis kita. Trust tu dah ada dan lagi mereka sebarkan kepada kenalan yang ada.

4.Save dulu baru spend

Duit yang dapat kami akan simpan dalam unit trust, FD atau simpan je la dalam bank.

Kalau nak beli apa-apa, kami akan tangguhkan keinginan tu sampai hujung bulan, bila ada lebihan, baru spend.
Spend benda yang perlu dan benda kehendak tu sekali sekala.

Untung tau orang Melayu boleh simpan dalam ASB. Saya tengok ASB simpanan antara yang menguntungkan berbanding unit trust atau FD.

So jangan lepaskan peluang untuk save dalam ASB.

5.Tak suka berhutang

Kami memang tak suka berhutang beli barangan kecil seperti fon, peti ais, perabot dan sewaktu dengannya.
Kami akan kumpul duit dan tahan nafsu supaya dapat beli cash. Penat sekali tapi for long term lega minda dari fikir nak bayar bulan-bulan. Tu tak masuk lagi interest. Rugi woo..

Selalunya kami hutang pun benda besar seperti rumah dan kereta. Kereta pun selalunya kami cuba settle cepat-cepat supaya cash flow tak rabak for long term. Kan kalau buat full settlement akan dapat rebate.
Lagi pula kereta susut nilai sangat cepat. Jadi tak berbaloi beli kereta mahal-mahal tapi tak cuba setel hutang secepat mungkin.

Tu sebab orang Cina sangat minat kereta Honda dan Toyota kerana kereta tu mampu milik dan tak perlu maintanance tinggi walaupun mereka mampu je beli kereta mewah.

Ada je orang Cina beli kereta mewah. Tapi ada trick la untuk kurangkan income tax dan selalunya mereka cepat-cepat settle kan hutang kereta tu.

“Masih belum kaya lagi,” kata Adam Kelvin.

Baca juga: Duit palsu! Lelaki rugi selepas jual telefon terlalu percaya imej bertudung litup

Baca juga: Curi emas lepas pura-pura nak membeli, lelaki 21 tahun ditahan polis