Malaysia Dateline

70 peratus tidak cukup wang, rakyat Malaysia hidup dalam keadaan amat sukar

Seramai 6.1 juta rakyat Malaysia mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun KWSP mereka.

Tinjauan Bank Negara menunjukkan bahawa 70 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai wang tunai yang mencukupi untuk terus hidup jika mereka menganggur selama lebih daripada sebulan.

Kini kenaikan harga barang bukan sahaja membimbangkan malah menakutkan. Semua harga makanan telah meningkat termasuk roti canai dan keranda.

Ketika rakyat mengalami kenaikan harga barangan, nilai ringgit kita telah jatuh secara drastik dan tidak melihat lantunan langsung. Ini menambahkan lagi kenaikan harga apabila kita banyak bergantung kepada barangan import terutamanya makanan.

Dianggarkan Malaysia perlu mengimport makanan bernilai lebih RM55.5 bilion untuk memenuhi pasaran tempatan dan keadaan ini tidak bertambah baik.

Lebih memburukkan lagi keadaan, kerajaan telah mengumumkan tarif elektrik baharu akan dikenakan berkuat kuasa bulan depan. Subsidi untuk penternak ayam juga akan dibatalkan bulan depan.

Harga gula juga dijangka dinaikkan kerana kerajaan gagal membuka bekalan gula untuk persaingan pasaran yang adil.

Kita sebenarnya memerlukan pembaharuan yang serius. Kita memerlukan kerajaan baharu yang berasaskan integriti, akauntabiliti, ketelusan dan yang paling penting, kemahuan politik untuk melaksanakan reformasi institusi.

Kita perlu memenangi pertempuran ini kerana kita tidak boleh kalah dan tidak mampu untuk kalah.

Demi anak-anak, kami menyeru semua orang untuk tidak berputus asa sebaliknya menyertai kami memulakan perjalanan demi perubahan.

*NGA KOR MING merupakan Ketua Parlimen DAP.

Baca juga Ini baru kisah 1 Jun, entah apa jadi tiga, empat bulan lagi

Baca juga Cari kerja malas, rogol pula anak kandung