Undian lagu Tamat Darurat kini dibuka

Oleh ARIF ATAN

Undian bagi kesemua 10 lagu terpilih dalam Pertandingan Mencipta Lagu Tamat Darurat kini dibuka sehingga 8 Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tamat Darurat, Khalid Abd Samad, berkata orang ramai boleh memilih tiga lagu melalui pautan https://forms.gle/TQNMddgayTuQ3DJe6 di laman Facebook Tamat Darurat.

“30 peratus markah akan ditentukan oleh undian orang ramai manakala 70 peratus lagi adalah markah yang akan diberikan oleh para juri profesional,” katanya.

Keputusan pertandingan akan diumum pada 10 Julai ini, 11 pagi melalui satu siaran langsung menerusi Facebook Live.

Juara akan menerima RM3,000, naib juara RM2,000, tempat ketiga RM1,000 manakala tujuh hadiah saguhati bernilai RM250 setiap satu.

Berikut senarai 10 lagu terbaik dan penggubahnya yang terpilih untuk ke peringkat akhir:

1. Tamatkan Lepaskan – Khairi Basharudin
2. Tamat Darurat – Amirul Nizam
3. Hentikanlah – Marinah Mustapha
4. Hentikan Propaganda – Chevy Amry
5. Tamat Darurat – Arief Bryan Carlos
6. Tamatkan Darurat – N Project
7. Pacakkan Demokrasi – Chivadilly
8. Harapan Untuk Barisan Hadapan (HBUH) – Airmas Samsul Zakaria
9. Warga Yang Patuh – Alifi Alias
10. Renung – Mohd Khushairi (Kyocai)