Tempat kerja lebih ganas bukan alasan kukuh wajarkan profesor hina B40

Oleh ARIF ATAN

Seorang ahli akademik berpendapat suasana tempat kerja yang lebih ganas sebagai bukan alasan kukuh untuk mewajarkan tindakan pensyarah menghina golongan B40.

Ikuti pandangan Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle berhubung isu panas Profesor yang didakwa menghina pelajarnya yang tidak memiliki komputer riba.

Saya melihat pelbagai reaksi netizen yang menulis tentang isu Profesor dan ucapannya terhadap B40.
Berikut sekadar yang saya sempat baca:

  1. Sebahagian pihak mewajarkan ia dengan mengatakan alam pekerjaan lagi kasar bahasa yang akan diterima. Jadi, jangan manja sangat.

i. Apa yang jelas ialah bukan pelajar itu yang merakam dan menyebarkan video itu. Jadi, tidak jelas ada unsur manja di sini.

ii. Jangan wajarkan sesuatu yang tidak wajar kerana ramai yang melakukannya di lapangan. Alasan tempat kerja lebih ganas tidak menjadi alasan yang kukuh di sini.

  1. Tularkan video PdP adalah tidak wajar.
  • Ini sememangnya ada isu integriti sebagai pelajar. Sepatutnya, proses PdP yang berjalan tidak perlu disebarkan kepada khalayak awam.

Serahkan saja kepada pengurusan UiTM atau zahirkan saja pada borang penilaian pensyarah di akhir semester.

Tempat kerja lebih ganas bukan alasan kukuh wajarkan Profesor hina B40
  1. Isu B40
  • Ini elemen yang menjadikan ramai netizen terasa. Isu 1 dan 2 di atas saya lihat tidak mewajarkan ayat yang Profesor itu ucapkan tentang golongan B40.

Ketahuilah, golongan B40 ini sebenarnya banyak membantu kehidupan kita. Ikan yang kita makan adalah tangkapan B40 yang menjadi nelayan.

Baju yang kita pakai adalah hasil jahitan B40 yang bekerja menjahit. Nasi yang kita kunyah adalah hasil usaha B40 yang berpanas terik menanam padi.

Nabi Sallallah Alaih Wasallam bersabda:

هل تنصرون وترزقون إلا بضعفائكم

Maksudnya: Adakah kamu akan diberikan kemenangan (dibantu) dan diberikan rezeki melainkan dengan adanya orang lemah dalam kalangan kamu? [HR al-Bukhari]

Ramai ulama mengatakan hadis ini berkaitan ibadat golongan lemah (miskin) seperti doa dan solat yang lebih ikhlas dan khusyuk.

Namun, ia juga boleh bermaksud usaha orang miskin dalam membantu orang kaya seperti yang saya tuliskan di atas.

Baca juga: https://malaysiadateline.com/dimaki-pensyarah-tak-boleh-duduk-dengan-orang-b40-ini-pengalaman-bekas-pelajar-yang-tersakiti/

Baca juga: https://themalaysialife.com/cuma-2-bahan-ini-je-dah-boleh-buat-brownies-tak-perlu-bakar-tak-payah-guna-tepung-dan-telur/