DAP umum senarai jawatankuasa penuh bagi penggal 2022-2025

Oleh KIM SYAZIE

Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP 2022-2025 yang dipilih pada Mac lalu selesai mengumumkan jawatankuasa penuh bagi sesi 2022-2025.

Untuk rekod, Kongres DAP pada Mac lalu selesai mengadakan proses pemilihan bagi melantik pimpinan tertinggi yang baharu. Menerusi pemilihan berkenaan, Lim Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan telah diangkat sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP, manakala Timbalan Pengerusi pula disandang oleh Gobind Singh Deo yang juga Ahli Parlimen Puchong.

Bagi jawatan Naib Pengerusi Kebangsaan, kedudukan itu disandang oleh Nga Kor Ming (Ahli Parlimen Teluk Intan); Chow Kon Yeow (Ketua Menteri Pulau Pinang); Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Stampin), M Kulasegaran (Ahli Parlimen Ipoh Barat) dan Teresa Kok Suh Sim (Ahli Parlimen Seputeh).

Seramai 4,149 perwakilan menghandiri kongres sehari secara fizikal di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) pada Mac lalu dan mengundi dalam CEC.

Baca juga: Anthony Loke jadi Setiausaha Agung DAP, Young Syefura masuk senarai CEC

Berikut merupakan senarai penuh jawatankuasa yang diputuskan dalam mesyuarat CEC yang diumumkan hari ini

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) tambahan
1. Lee Chin Chen
2. Lee Chuan How
3. Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji
4. Sheikh Umar Bin Bagharib Ali
5. Vivian Wong Shir Yee

Jawatankuasa Pemilihan Calon untuk pilihan raya sama ada PRU, PRN atau PRK
1. Anthony Loke
2. Lim Guan Eng
3. Gobind Singh Deo
4. M. Kulasegaran
5. Nga Kor Ming

Jawatankuasa Pengurusan Ibu pejabat
1. Anthony Loke
2. Fong Kui Lun (National Treasurer)
3. Steven Sim (National Organising Secretary)
4. Teo Nie Ching (National Publicity Secretary)
5. Sdr Wong Kah Woh (National Political Education Director)

Jawatankuasa Disiplin
1. Ngeh Koo Ham (Chairman) – Ex-Officio to CEC
2. Ramkarpal Singh (Deputy Chairman)
3. Tony Pua
4. Tan Kok Yew
5. Leong Ngah Ngah
6. Cha Kee Chin
7. Wong Hon Wai
8. Lee Kee Hiong
9. Pang Hok Liong
10. Violet Yong Wui Wui
11. Lay Hock Peng

Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Parti
1. Chong Chieng Jen (Chairman)
2. Chan Foong Hin (Deputy Chairman)
3. Syahredzan Johan
4. Thomas Su
5.Tan Hong Pin

Jawatankuasa Persediaan Pilihan Raya Umum Ke-15
1. Liew Chin Tong (Pengerusi jawatankuasa)
2. Teresa Kok
3. Tengku Zulpuri
4. V. Sivakumar
5. Steven Sim
6. Teo Nie Ching

Biro Guaman Kebangsaaan: Ramkarpal Singh (Pengerusi)
Biro Organisasi Kebangsaan: Steven Sim (CPengerusi)
Biro Publisiti Kebangsaan: Teo Nie Ching (Pengerusi)
Biro Media Sosial Kebangsaan: Syahredzan Johan (Pengerusi)
Biro Antarabangsa: Jannie Lasimbang yang juga setiausaha antarabangsa DAP (Pengerusi)
Bro Pendidikan Politik: Wong Kah Woh (Pengerusi)
Biro Dasar/Polisi: Chan Foong Hin (Pengerusi)
Biro Kebudayaan: P. Gunasekaren (Pengerusi)
Biro NGO: Young Syefura Othman (Pengerusi)
Biro Aduan Awam: Lim Lip Eng (Pengerusi)
Biro buruh: A. Sivanesan (Pengerusi)

Ahli-ahli yang akan mewakili parti dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan
(Terdiri dari 6 ahli CEC + Ketua Pemuda + Ketua Wanita
1) Anthony Loke
2) Lim Guan Eng
3) Gobind Singh
4) Nga Kor Ming
5) M. Kulasegaran
6) Steven Sim
7) Kelvin Yii (Ketua DAPSY)
8) Chong Eng (Ketua Wanita)

Buat pertama kali, DAP lantik jurucakap rasmi bagi setiap portfolio

CEC memutuskan untuk membentuk satu pendekatan baru iaitu DAP akan melantik jurucakap rasmi dalam kalangan Ahli Parlimen untuk portfolio tertentu dalam setiap kementerian yang ada sekarang ini. Ini kali pertama DAP melantik jurucakap secara rasmi.

“Kita nak supaya semua Ahli Parlimen kita dapat memberikan pengkhususan atau fokus kepada kementerian yang mereka mahir dan amat berpengetahuan,” kata Anthony Loke ketika membuat pengumuman senarai ahli jawatankuasa hari ini.

1) Ketua Parlimen DAP: Nga Kor Ming (Teluk Intan)
2) Ketua Whip DAP: Alice Lau (Lanang)
3) Pengerusi Jawatankuasa PAC DAP: Wong Kah Woh (Ipoh Timur)
4) Jurucakap Kewangan: Tony Pua (Damansara)
5) Jurucakap Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Dr. Ong Kian Ming (Bangi)
6) Jurucakap Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim: Yeo Bee Yin (Bakri)
7) Jurucakap Pendidikan: Teo Nie Ching (Kulai)
8) Jurucakap Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Hannah Yeoh (Segambut)
9) Jurucakap Sumber Manusia: M. Kulasegaran (Ipoh Barat)
10) Jurucakap Perusahaan, Perladangan dan Komoditi: Teresa Kok (Seputeh)
11) Jurucakap Pertahanan: Wong Hon Wai (Bukit Bendera)
12) Jurucakap Kesihatan: Dr. Kelvin Yii (Bandar Kuching)
13) Jurucakap Parlimen dan Undang-undang:
– Ngeh Koo Ham (Beruas)
– Pang Hok Liong (Labis)

14) Jurucakap Hal Ehwal Sabah: Chan Foong Hin (Kota Kinabalu)
15) Jurucakap Hal Ehwal Sarawak: Chong Chieng Jen (Stampin)
16) Jurucakap Hal Ehwal Dalam Negeri:
– Ramkarpal Singh (Bukit Gelugor)
– Rayer (Jelutong)
17) Jurucakap Alam Sekitar: Wong Tack (Bentong)
18) Jurucakap Air dan Tenaga: Charles Santiago (Klang)
19) Jurucakap Wilayah Persekutuan:
– Lim Lip Eng (Kepong)
– Fong Kui Lun (Bukit Bintang)
20) Jurucakap Pengangkutan: Thomas Su (Kampar)
21) Jurucakap Pertanian dan Industri Makanan:
– Tengku Zulpuri (Raub)
– Wong Ling Biu (Sarikei)

22) Jurucakap Pekerjaan: Oscar Ling (Sibu)
23) Jurucakap Pelancongan, Seni dan Budaya: Khoo Poay Tiong (Kota Melaka)
24) Jurucakap Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Teh Kok Lim (Taiping)
25) Jurucakap Belia dan Sukan: Steven Sim (Bukit Mertajam)
26) Jurucakap Luar Negeri: Kasthuri Patto (Batu Kawan)
27) Jurucakap Pengajian Tinggi: Vivian Wong (Sandakan)
28) Jurucakap Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: Cha Kee Chin (Rasah)
29) Jurucakap Pembangunan Luar Bandar
– Noorita binti Sual (Tenom)
– Mordi anak Bimol (Mas Gading)
30) Jurucakap Perpaduan Negara: V. Sivakumar (Batu Gajah)
31) Jurucakap Komunikasi dan Multimedia: Wong Shu Qi (Kluang)

Baca juga: Saya bersara dari politik, tolak jadi mentor

Baca juga: Tiga sebab kenapa kulit muka lelaki lebih cantik berbanding wanita