‘Rasa nak lumur di muka penjual’, lagi luahan kecewa pembeli bazar Ramadan

Oleh ARIF ATAN

“Rasa nak lumur di muka penjual”. Itu luahan pembeli yang kecewa dengan nasi beriani daging yang dibelinya di bazar Ramadan Taman Universiti di Skudai, Johor.

Pengguna Facebook dikenali sebagai Ctea ZHafiz terkejut apabila nasi berharga RM12 sebungkus itu menggunakan daging kisar yang dikepal-kepal.

Tambah geram dibuatnya, apabila didapati kuah bagi nasi beriani itu sudah masam rasanya.

“Tak taulah ada menu baru ke atau kena scam. Bagi daging tiga ketul bulat-bulat besar, tengok macam pelik, sekali makan..jengg… itu adalah daging kisar yang dikepal-kepal! Kau rasa?!

“Tak mengapa lagi, makan jugalah. Allah, sedih sungguh daging dan kuah tu masam. Daging pun macam tak masak dengan betul.

“Rasa nak pergi balik bazar dan lumur di muka penjual.. Sabar-sabar,” katanya dalam hantaran di kumpulan Facebook, Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official.

Pelbagai jenis kuih di bazar Ramadan – Gambar hiasan

Baca Selepas tular isu nasi beriani mahal, roti john hangus pula buat netizen tambah bengang

Baca Mengadu tak dapat buang air besar, doktor jumpa dumbbell dalam dubur