Sebelum anda memulakan perjalanan jauh, pastikan anda sudah mendapatkan rehat yang secukupnya untuk mengelakkan dari diserang micro sleep. Siapa pernah mengalami micro sleep?
Memetik perkongsian Polis Johor di Facebook, micro sleep adalah keadaan di mana seseorang akan tertidur untuk beberapa saat hingga 30 saat tanpa dia sedari.
Micro sleep ini terjadi terutamanya sewaktu memandu dan ianya sangat membahayakan diri dan keluarga yang bersama-sama kita. Ketika memandu kita paksa diri kita dan ingatkan kita masih sedar sedangkan rupanya kita dah terlelap beberapa saa.
Micro sleep ini juga terjadi pada waktu tertentu sewaktu awal pagi dan waktu tengah hari di mana badan kita memerlukan tidur pada waktu itu.
Simptom-simptom micro sleep
• Tersengguk-sengguk
• Kelopak mata semakin tertutup atau kuyu
• Mata terkebil-kebil
• Merenung dalam ke arah sesuatu yang kosong
• Tak boleh nak fokus
Faktor berlakunya micro sleep
Paling utama berlakunya micro sleep adalah tidur. Kurang tidur, jadual tidur yang tak menentu, tidur yang tak cukup dan sebagainya.
Jadi kalau rasa anda perlu memandu jauh pastikan anda dapatkan tidur yang cukup. Jika mengantuk berhenti rehat sebentar di lokasi yang selamat atau minum kopi panas di kawasan rehat dan rawat sepanjang perjalanan anda.
Kredit: Polis Johor
Baca juga: Kelantan perlu kepimpinan baharu selepas PRU 15 selepas Pas gagal
Baca juga: Senjata menjadi pembunuh utama kanak-kanak dan remaja A.S. pada 2020