Terkejut harga ayam RM230 seplastik, pasar raya di Singapura tampil bagi penjelasan

Oleh KIM SYAZIE

Sebuah pasaraya di Singapura hari ini tampil memberi penjelasan berhubung gambar yang tular di media sosialmemaparkan seplastik ayam segar dijual dengan harga 72.27 dolar Singapura atau RM231.

Syarikat pasar raya NTUC Fairprice dalam kenyataannya berkata, bungkusan ayam yang dijual dengan harga lebih 70 dolar Singapura sebenarnya mengandungi dua ekor ayam.

Malah, tertera di plastik berkenaan bahawa sekilogram ayam berharga $22.50 dan berat ayam di dalam bungkusan berkenaan ialah 3.2 kilogram.

“Kami ambil maklum gambar yang tersebar berkenaan label harga ‘SB Whole Chicken’ yang dilekatkan pada bungkusan jenama Swiss Butchery.

“Imej tersebut merupakan produk ayam kampung organik yang dijual di salah satu kaunter konsesi kami yang dikendalikan oleh Swiss Buthcery.

“Produk ini berharga S$22.50/kg (RM71.64) mengikut tarikah bungkusan label pada 31 Mei 2022. Gambar yang dikongsi menunjukkan berat ayam tersebut melebihi 3kg kerana dua ekor ayam dibungkus dan ditimbang dalam satu bungkusan yang sama,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pasar raya di Singapura itu juga berharap penjelasan mereka boleh membantu menjelaskan keadaan yang berlaku.

Harga ayam mengalami kenaikan sebanyak RM1.60 bagi setiap kilogram apabila Malaysia mengumumkan larangan eksport.

Sebelum ini, rakyat Singapura diminta supaya tidak membuat pembelian panik kerana bekalan ayam beku Singapura adalah mencukupi.

Baca juga: Bekalan air untuk penduduk Lembah Klang mampu bertahan lapan bulan ketika kemarau

Baca juga: Wanita kongsi tip penjagaan muka seperti artis koreaw2