Ramai daripada kita mungkin tidak perasan bahawa penyakit kronik itu sebenarnya tidak sama dengan penyakit kritikal.
Ikuti penjelasan ringkas lagi padat daripada DR SAKINAH SULONG mengenai perbezaan kedua-dua istilah ini:
Penyakit kronik bukan bermakna kritikal.
“Dia dah sakit teruk, ada kat hospital sekarang. Doktor kata dah kronik…” ❎
“Dia dah sakit teruk, ada kat hospital sekarang. Doktor kata dah kritikal…” ✅
Kronik maknanya untuk tempoh yang lama, bukan bermakna teruk atau kritikal.
Contohnya, diabetes dan darah tinggi adalah penyakit kronik. Yang boleh dihidapi bertahun-tahun. Tak semestinya kritikal.
Biasakan yang betul.
Baca juga Beri ayam makan ganja, dakwa hasilkan daging dan telur lebih baik