Malaysia Dateline

Kisah doktor pakar kehamilan yang dikenali ramai, ini lima sebab Dr Imelda asyik terkejut saja sekarang

Ikuti perkongsian Pakar Obstetrik Hospital Pakar KPJ, Dr Imelda Balchin tentang pengalamannya yang ceria berdepan pesakit yang walaupun pertama kali berjumpa:

Depa kata chek ni doktor pakar kehamilan yang dikenali ramai. Tapi, dalam hati chek, chek ni oghang biasa-biasa saja. Chek pi kerja macam biasa saja. Chek tak rasa diri chek ni macam selebriti pun.

Tugas chek ialah bagi perkhidmatan, siang dan malam, dan chek redha tugas chek berat. I am at your service.

Chek pun terkejut apabila patient baru mai dah kenai siapa chek. Pasai chek tak biasa jadi selebriti dan chek buat kerja macam doktor biasa.

Pasai apa chek lani terkejut-terkejut.

1. Pesakit baru mai mai, baru panggil nama saja, depa dah teruih cakap utagha kat chek. Seronok buat kerja bila ada immediate rapport. Macam dah kenai lama, tapi baru saja jumpa.

2. Pesakit baru mai mai, baru panggil nama saja, depa boleh teruih habaq semua masalah depa dan menangis kaw kaw teruih kat depan chek.

Chek tak payah pun ambil masa nak tanya-tanya dulu apa masalah depa. Sebab depa ingat di dalam hati depa, depa dah kenai chek lama, sedangkan baru saja jumpa buat pertama kali.

Baguih tu, chek tak susah nak dapatkan semua history sekaligus, semua masalah patient chek tau, takdak dirahsiakan dari doktor sebab takut kat doktor.

3. Bila chek bagi nasihat, depa teruih saja faham. Wah cerdik, semua faham. Pasai depa kata, haaa dah baca hari tu kat FB doktor Imelda. Faham, faham, faham. Senang sangat chek nak bagi nasihat.

Dr Imelda bersama keluarga.

4. Walaupun ada banyak masalah perubatan, apa yang boleh menceriakan hati depa ialah… nak ambil selfie dengan doktor. Semoga terubat sedikit hati yang sedih, dan tenangkan stres dari kehamilan yang berisiko tinggi.

5. Apabila balik, depa kirim salam kat Pak Mart. Bila chek balik rumah, tiap-tiap hari habaq kat Pak Mart, ada oghang kirim salam.

Pak Mart pun happy, ramai orang kirim salam kat Pak Mart. Pak Mart pun tak tau laaa pasai apa patient chek dok kirim salam kat Pak Mart.

Chek pun transfer laaa semua terkejut-terkejut tu kat Pak Mart. Kalau chek terkejut, Pak Mart lagi terkejut. After all… what is a husband for. Kaannn…

Baca juga Doktor kongsi rahsia aliran darah otak yang baik

Baca juga Lelaki saman anak tiri, minta ganti rugi RM23,081