Abang Adibah Noor baru tahu derita adik beberapa bulan lalu sebab arwah tahu pun dah lambat

Oleh KIM SYAZIE

Abang kandung Allahyarham Adibah Noor, yang hanya ingin dikenali sebagai angah memaklumkan bahawa dia pun baru mengetahui tentang penyakit adiknya beberapa bulan lalu.

Kata angah, Allahyarham sendiri juga lambat mengetahui sakit barah yang dihadapinya itu.

“Dia baru beritahu kami beberapa bulan lalu kerana dia sendiri pun lambat tahu tentang penyakitnya.

““Rawatan dan pembedahannya sudah berjalan lancar. Tetapi rezeki (ajal) dia sudah begitu, kita sebagai manusia pun tidak tahu. Baru-baru ini, kami ada keluar makan bersama, dia boleh berjalan, makan dan sebagainya.

“Khamis lalu, kami diberitahu dia melakukan sesi kemoterapi kali keenam atau ketujuh, saya tak begitu pasti. Dos pun lebih sedikit untuk membuang sel kanser

“Jadi, mungkin fos itu terlalu kuat untuk dia. Tetapi saya tidak pasti, itu kena tanya doktor,” katanya kepada pemberita semalam.

Dalam pada itu, bercakap tentang peribadi adiknya, Angah memaklumkan, Allahyarham seorang yang peramah dan sangat mesra terutama dengan saudara-mara.

“Dengan anak-anak saudara dia memang baik. Pesannya selalu belajar baik-baik,” katanya.

Semalam, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohd. Omar, 51, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles akibat penyakit kanser ovari tahap empat pukul 7.40 malam.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, Keramat, Kuala Lumpur, pukul 11.30 pagi tadi.

Baca juga: Teruja pelakon Squid Game ucap ‘good luck’ pada Malaysia

Baca juga: “Dapat 3 dos dalam masa setahun, patut kanser merebak” – Antivaks guna modal vaksin kaitkan kematian Adibah Noor