Penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menarik semula subsidi minyak masak botol kerana didakwa wujud penyelewengan, dipertikai banyak pihak.
Ahli Jawatankuasa DAP, Syahredzan Johan mempersoal alasan tersebut kerana menurutnya tidak patut rakyat dihukum disebabkan ketidakcekapan penguatkuasaan kerajaan itu sendiri
“….minyak masak berbotol banyak diselewengkan dan diseludup oleh pihak tertentu,” kata Perdana Menteri. Sebab itu tarik balik subsidi, katanya.
“Salah siapa? Salah penguatkuasaan lah kan?
“Kenapa ‘hukum’ rakyat dengan tarik subsidi sebab kerajaan punya penguatkuasaan tidak berkesan?,” Soalnya dalam satu ciapan di Twitter hari ini.
Kerajaan mendapati bahawa minyak masak berbotol bersubsidi banyak diselewengkan oleh pihak industri, komersial dan diseludup.
Melihat kepada penyelewengan yang berlaku maka kerajaan membuat keputusan bahawa tiada keperluan untuk meneruskan subsidi minyak masak berbotol kerana tidak lagi menepati objektif untuk diperkenalkan.
Menurut Ismail, kerajaan memperkenalkan program subsidi sementara untuk membantu rakyat ketika pandemik Covid-19, namun apabila rakyat telah bebas keluar di fasa endemik ini, tiada keperluan lagi untuk meneruskan program berkenaan.
Susulan itu, rata-rata tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan tersebut kerana pada akhirnya rakyat perlu menanggung akibat disebabkan penguatkuasaan kerajaan yang lemah.
“Salah pengguna ke? Kita ni beli sebotol dua je. Siapa yang seleweng tu? Kenapa tak hukum orang ini?,” soal pengguna Twitter.
“Denda lah pihak industri. Yang kau ‘hukum’ rakyat buat apa? Kau takut dengan pemain industri ke apa?,” tanya pengguna lain pula.
Baca juga: “Normal ke masih bergaji RM450? – Belenggu guru taska dibayar gaji terlalu rendah