Antara pekerjaan yang ‘laku keras’ di kala ini sudah tentunya perkhidmatan penghantaran makanan seperti GrabFood dan FoodPanda yang pernah diiktiraf antara petugas barisan hadapan yang berjasa pada orang ramai.
Di sebalik pekerjaan mereka yang sukar kerana berpanas dan berhujan dengan sebuah motosikal, mereka juga terpaksa berhadapan dengan kerenah pelanggan yang macam-macam ragam.
Terbaru, gelagat seorang penghantar makanan GrabFood yang menceritakan harinya seolah ‘dibuli’ pelanggan dengan perkara yang tidak pernah dialaminya, mencuit hati netizen.
Mana tidaknya, selepas dia selesai menghantar makanan ke rumah pelanggan yang berada di tingkat tujuh, dia sempat diminta untuk tolong buangkan sampah dalam perjalanannya turun ke bawah.
Apa yang mencuit hati, dia tidak marah tetapi akur menjinjing plastik sampah besar dan gigih mencari tong sampah di bawah rumah.
“Hahaha dalam suka hari ini tak membangau sangat sekali kena dah. Dapat pesanan cash pergi hantar sampai atas. Dah selesai penghantaran, pelanggan cakap “alang-alang turun bawah buangkan sampah sekali ya”. Hahaha
“Dengan rela aku kutip sampah dia bawa turun dari tingkat tujuh, mencari pula tong sampah tak tahu letak belah mana. Ingat aku adik kau ke pakai order je,” tulisnya dalam satu hantaran di Group GrabFood Rider Malaysia.
Perkongsiannya itu mengundang geli hati netizen kerana dia sanggup buangkan sampah tanpa rasa marah. Namun ada juga yang berpendapat tindakan pelanggan terbabit adalah tidak patut dan tidak beradab.
“Baru duduk PPR dah macam ini gayanya. kalau duduk banglo tu aku rasa makan pun kena suap ke mulut,” tulis seorang pengguna Facebook.
“Syabas dik tak berkira. Cuma musykil jenis orang macam pelanggan tu pun ada dalam dunia ni. Husnudzon mungkin di tak sihat,” tulis pengguna lain pula.
Baca juga: Peniaga perlu tahu, lesen boleh dibatalkan jika didapati cuba sorok barang kawalan
Baca juga: Tutup kedai selepas 29 tahun berniaga gara-gara gagal tampung kos bahan mentah yang menggila
Baca juga: Pengantin baru pilih kahwin di rumah mayat, sempat urus mayat gelandangan sebelum pulang ke rumah