Ahli fizik ini kongsi cara sebenar nak hilangkan rasa pedas, teguk air masak tak akan jadi

Oleh KIM SYAZIE

Seorang Ahli Fizik, Zamir Mohyedin berkongsikan kepada orang ramai cara sebenar untuk mengurangkan rasa pedas dan pijar di mulut selepas mengambil makanan berunsur cili.

Menurutnya, air kosong dan segala jenis air sejuk sebenarnya tidak dapat membantu mengurangkan rasa pedas. Bahkan walaupun air panas kadangkala terasa seperti boleh memadam rasa pedas, tetapi sebenarnya tidak.

“Kepedasan makanan berpunca dari capsaicin. Minum air kosong sejuk akan menyemarakkan lagi capsaicin, dan menyebabkan capsaicin bertebaran di seluruh lidah. Pedas bertambah. Tuntas menyemarakkan lagi kepedasan.

“Minum air kosong sewaktu makan pedas ibarat menyimbah minyak di dalam api. Minuman yang digalakkan untuk hilangkan rasa pedas ialah minuman berasid atau minuman tenusu.

“Minuman berasid seperti air limau, air epal, air anggur, dan sebagainya. Minuman tenusu seperti air susu, yogurt, teh susu, kopi susu, dan sebagainya,” kongsinya dalam satu hantaran di Facebook.

Baca juga: Pelik! Kerajaan Terengganu masih takut hadapi suara rakyat selepas 5 tahun memerintah

Baca juga: Bawa secara melulu dan melawan arus, warga emas maut ditempat kejadian