Antara perjuangan Mat Kilau dan imaginasi liar puak kiasu

Oleh ARIF ATAN

Filem Mat Kilau ini terang-terang menginspirasikan kisah benar perjuangan Mat Kilau. Nama pun sama dan di dalam ‘trailer’ filemnya juga ada grafik foto Mat Kilau lengkap dengan nama dan tarikh riwayatnya. Maka, memang filem ini diinspirasikan dari apa yang berlaku ketika itu secara amnya.

Perjuangan ketika lewat abad ke-19 seperti yang digambarkan dalam filem itu memang umumnya begitu. Pihak British memang sifatnya menjajah. Pribumi Melayu melawan penjajah.

British juga bakar kampung dan bunuh penduduk – perkara yang jarang-jarang ditulis oleh para kerani dan pengarang zaman kolonial dulu. Selama ini kita dimomokkan bahawa British ‘penjajah yang baik’ manakala Siam atau Jepun adalah ‘penjajah yang kejam’. Padahal sama-sama kejam.

“All of these characters, who aren’t Malay-Muslim men, are brutally killed off, maimed, and not given any humanity. All Malay-Muslim characters are treated as victims of oppression”. Itu kata Terence Aaron dalam hantaran di Facebook.

Sebabnya, yang menjajah itu memang bukan Melayu-Muslim. Pihak penjajah dan penindas sama ada British, Jepun, Siam atau Pengganas Komunis sekalipun dikuasai dan dimiliki oleh orang yang bukan Melayu beragama Islam.

Sementara itu, yang dijajah dan ditindas itu adalah orang Melayu yang beragama Islam. Memang ini realiti sejarah di zaman Mat Kilau berjuang itu sehingga zaman Komunis. Takkanlah nak buat yang menjajah Tanah Melayu ketika itu kerajaan Khalifah Islam pulak.

Ketika berperang, memang akan ada dalam kalangan penjajah ini boleh terbunuh atau dicederakan. Nama pun berperang, takkan nak berjoget pulak.

Takkanlah orang Melayu yang ditindas itu pergi berperang tapi bila jumpa penjajah mereka ajak minum kopi pulak. Hai, penjajah bila berperang dengan orang Melayu, orang Melayu rilek kena bunuh, kena cincang, kena tetak, kena tembak. ‘

Kenapa orang Melayu dilarang berbuat perkara yang sama ketika berperang kepada penjajah dan penzalim mereka pula? Peraturan siapa pulak ni?

Kenapa bila bangsa lain berperang melawan penjajah, mereka berperang dengan bebas dan berbuat sebagaimana biasa ketika dalam peperangan, boleh menghapuskan orang yang menzalimi mereka tetapi orang Melayu tidak boleh pula? Orang Melayu mesti melayan baik-baik siapa yang menindas dan menjajah mereka pulak.

“Now I know historically the Malay were a colonised people group and I empathise with how it affects their insecurity, and psychology.

But the violence portrayed on film showed the rest of us, non Malay Muslims of Malaysia as extensions of their oppressors.”

Siapa ‘us’? Masalah orang ini ialah dia kiasu sangat. Dia tiba-tiba menggelabah dan berimaginasi bahawa segerombolan orang Melayu mahu menamatkan riwayatnya.

Ayat-ayat: “But the violence portrayed on film showed the rest of us, non Malay Muslims of Malaysia as extensions of their oppressors” hanyalah imaginasi liarnya saja.

Mat Kilau dalam filem ini melawan penjajah British berserta para tali barutnya dan para tali barutnya datang dari pelbagai latar belakang dan bangsa. Malah ada dalam kalangan orang Melayu sendiri menjadi tali barut dan pengkhianat. Hal ini dia tak sebut pun. Motifnya hanya mahu menghasut benda-benda dalam imaginasi liarnya sahaja.

“This film in all honesty is no different thematically from the 1915 film, Birth of a Nation that portrayed the then dying KKK as heroes for the white race against African Americans.

“The film injected the Lost Cause into American mainstream thought where the South was right to protect the institution of slavery, and boosted KKK numbers that what was on it’s way out got a second life. Parallels can also be drawn to the Nazis blaming the Jews for everything wrong in their society.”

Orang macam dia ni akan selalu menyamakan perjuangan pribumi Melayu melawan penjajah dengan Nazi dan Ku Klux Klan (KKK) iaitu nama untuk pertubuhan-pertubuhan Amerika Syarikat yang membenci golongan bukan kulit putih. Pembodohan ini sentiasa dipaksa oleh mereka kepada kita.

Padahal, KKK dan Nazi itulah penjajah dan penindas, dan mereka berjuang sebagai penjajah untuk mengekalkan status penjajah dan aksi keganasan mereka. Yang boleh disamakan dengan KKK dan Nazi adalah British, Siam, Jepun dan Pengganas Komunis yang diketuai oleh Chin Peng sebagai de facto.

Orang Melayu berjuang melawan penjajah kerana penjajah menindas mereka dan mengenakan segala bagai cukai dan merampas tanah-tanah mereka.

British juga menyingkirkan para pemimpin orang Melayu yang disokong oleh orang Melayu sendiri, sebaliknya British mahu memerintah sendiri tanahair orang Melayu tanpa persetujuan daripada orang Melayu sendiri.

British juga melakukan keganasan dengan menangkap orang Melayu, membunuh orang Melayu, mendera, memenjarakan dan pelbagai lagi kezaliman mereka kepada pribumi Melayu.

Malah, filem ini boleh dikatakan sederhanalah dalam menggambarkan apa yang dibuat oleh para talibarut penjajah ketika itu.

Jujur kata, kalau nak korek lagi fakta sejarah apa peranan para tauke dalam melicinkan penjajahan British di Tanah Melayu, Srikandi rasa dia ni akan melompat marah dan mengamuk satu pawagam menuduh pengarah filem buat cerita rasis.

Hakikatnya setiap orang yang datang ke Tanah Melayu pada zaman kolonial dulu bukannya nak tolong orang Melayu melawan British sangat, mereka masing-masing lebih memikirkan kepentingan diri sendiri.

Malah, apabila mereka dapat bantuan senjata dari British untuk melawan Jepun, senjata itu juga digunakan balik untuk cuba menjajah tanahair orang Melayu, sempat juga dipakai untuk membunuh orang-orang Melayu.

Kita, orang-orang Melayu masa kini tidak ada masa untuk melayan perangai kiasu dan imaginasi liar puak-puak ini.

Hakikatnya, tidak ada pentadbiran orang Melayu yang menindas mereka ini, membunuh mereka beramai-ramai dari zaman Kesultanan Melaka, zaman negeri-negeri Melayu sampailah ke zaman kolonial di mana mereka ini dilayan baik dan dibenarkan berdagang di dalam negeri-negeri Melayu.

Malah, mereka ini sampai sekarang umumnya adalah golongan paling kaya-raya sehingga ada di kalangan mereka mampu menindas pulak orang Melayu dengan cara halus dan licik menggunakan kuasa wang yang mereka ada.

Media-media yang dikuasai mereka selalu menggambarkan orang Melayu ini jahat, malas, pencuri, low class dan sebagainya.

Teruskan mengeluarkan filem-filem begini. Jangan takut dengan rungutan-rungutan mereka ini. Banyakkan lagi dan semarakkan lagi minat anak-anak Melayu kepada budaya bangsa.

Bakar lagi semangat anak-anak Melayu untuk bangkit mempersiapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan, teknologi, pertahanan dan ilmu-ilmu agama bagi menghadapi cabaran neokolonialisme yang mendatang.

Baca juga Ketika ‘Mat Kilau’ gegar pawagam, pengkaji sejarah ini impikan Perang Musuh Bisik pula difilemkan

Baca juga Lelaki Belanda fasih banyak bahasa tewas di tangan ‘Mek Kelate’, bayar RM92.50 sebab terteka bahasa Indonesia