Buat hubungan intim beberapa kali, penceramah popular direman lima hari, disyaki rogol remaja 14 tahun

Oleh ARIF ATAN

Seorang penceramah bebas popular didakwa beberapa kali melakukan beberapa kali hubungan intim dengan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Penceramah berusia dalam lingkungan 30-an itu didakwa merogol remaja terbabit di beberapa lokasi yang berbeza.

Petang semalam, dia ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor susulan laporan polis daripada mangsa pada jam 11.15 malam, 16 Julai lalu.

Dia direman selama lima hari bermula hari ini hingga 23 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, setakat ini, sebanyak empat kertas siasatan telah dibuka iaitu dua di Selangor, masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak melibatkan pengadu yang sama.

Menurutnya, hasil siasatan awal polis mendapati, pengadu telah berkenalan dengan suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan sejak Mei tahun lalu.

“Bermula dari perkenalan tersebut, pengadu dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi yang berbeza,” kata Sasikala Devi dalam kenyataan hari ini.

Baca juga Dipenjara 15 tahun, tiga sebatan selepas rogol isteri rakan yang hamil tujuh bulan

Baca juga Padah keluarkan kata kesat kepada polis, pembantu kedai runcit ditahan