Imej watak ‘Ustaz Hamadi’ dalam drama rantaian Nur dan Nur 2 arahan Shahrulezad Mohameddin yang popular beberapa tahun lalu tiba-tiba kembali tular petang ini.
Watak lakonan hebat Azhan Rani, 46, itu dilihat menarik perhatian warga maya lantaran berperibadi bercanggah dengan imej luaran yang baik seperti menggelapkan wang syarikat, kaki perempuan, dan menunggang agama.
Serentak itu juga, gambar susu tin keluaran Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) juga dikongsi warganet susulan berita mengenai seorang penceramah direman kerana merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Perkongsian imej produk susu tin jenama F&N di media sosial itu dilihat sebagai bahan sindiran berkaitan isu penceramah yang dalam siasatan polis berhubung kes jenayah seksual.
Petang semalam, seorang penceramah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor susulan laporan polis daripada mangsa rogol pada jam 11.15 malam, 16 Julai lalu.
Dia direman selama lima hari bermula hari ini hingga 23 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sekurang-kurangnya empat kertas siasatan telah dibuka iaitu dua di Selangor, masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak melibatkan pengadu yang sama.
Hasil siasatan awal polis mendapati, pengadu telah berkenalan dengan suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan sejak Mei tahun lalu.
Bermula daripada perkenalan tersebut, pengadu dan suspek dilapor telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi yang berbeza.
Baca juga Kes rogol termasuk ‘orang agama’ di Kelantan naik 46 peratus
Baca juga Bomoh Kelantan didakwa rogol bakal pengantin berusia 23 tahun