Tidak sanggup lihat seorang kanak-kanak didera, pemuda ini nekad membuat laporan polis ke atas majikannya.
Pemuda yang dikenali sebagai Aqiel telah mengaku bahawa beliaulah yang merakam perbuatan tidak berperikemanusiaan majikannya ke atas kanak-kanak yang bernama Alia yang didera hanya kerana tidak mahu makan.
“Saya yang rakam video tu sendiri untuk bahan bukti report polis, alhamdulillah polis bagi kerjasama dengan baik untuk pihak Alia” katanya.
Pemuda tersebut merupakan pekerja kepada majikan yang mendera kanak-kanak malang itu.
Pemuda ini mendedahkan rakaman video dan gambar yang diambilnya sewaktu dan selepas kejadian berlaku adalah sebagai bahan bukti untuk laporan polis.
“Adakah saya yang merakam video tersebut? Jawapannya ya. Saya yang rakam video tersebut secara senyap-senyap tanpa pengetahuan majikan saya. Saya dan kawan-kawan saya empat orang duduk di rumah itu dan bekerja.
“So, kami yang tak tahan bila kami duduk situ nampak Alia dipukul sebegitu setiap kali makan. Setiap kali makan ya. Bukan dipukul sebab nakal ke apa. Alia tu memang budak yang baik. Hampir setiap hari Alia hanya disebabkan makan lambat, taknak makan, kenyang.
“So, saya dan kawan-kawan saya decide rakam video secara senyap-senyap apa yang telah terjadi untuk mendapatkan keadilan untuk Alia. Sebab Alia ni anak angkat dia. Dia ambil Alia tu bulan Februari tahun 2022,” dedah beliau.
Beliau turut mendedahkan bagaimana beliau dan kawan-kawannya terpaksa bawa Alia keluar untuk ambil gambar dan rekod bukti untuk bantu siasatan dan mengukuhkan laporan polis.
Terdahulu, tular video rakaman seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan tiga tahun yang dikenali sebagai Alia didera oleh seorang wanita dan lelaki di media sosial.
Rakaman tersebut menjadi bualan hangat dikalangan warganet, dan ramai yang menyoal serta menyalahkan individu yang merakam kejadian tersebut kerana tidak melindungi kanak-kanak berkenaan sebaliknya menyebarkan video di media sosial.
Menurut Aqiel, majikannya itu merupakan ibu bapa angkat kepada kanak-kanak perempuan tersebut.
Kejadian tersebut sering berlaku semasa waktu makan dan antara punca pasangan suami isteri tersebut bertindak ganas terhadap Alia adalah kerana lambat makan, tidak mahu makan ataupun sebab dah kenyang.
Baca juga: Panas hati tengok budak kena dera, tindakan pendera ini dikecam orang ramai
Baca juga: Sambut kepulangan suami curang dengan kain rentang besar