Saiz kabinet XL, prestasi teruk tuntutan anak muda potong gaji menteri wajar sebagai hukuman

Oleh NASUHA RAHMAN

Saiz kabinet Malaysia dikatakan yang terbesar apatah lagi prestasi menteri-menteri pula tidak memuaskan dan teruk, justeru tuntutan daripada anak muda agar memotong gaji menteri adalah wajar sebagai satu hukuman.

Tuntutan anak muda mahu melihat gaji menteri dipotong direalisasikan adalah sebagai satu hukuman kerana gagal menyelesaikan isu kenaikan harga barang.

Selain jelas membuktikan anak muda semakin hilang keyakinan terhadap prestasi kerja kabinet Malaysia.

Adun Permatang Pasir, Faiz Fadzil berkata, bantahan anak muda adalah wajar kerana saiz kabinet Malaysia adalah yang terbesar didunia dengan sejumlah 74 orang berbanding dengan jumlah penduduk yang hanya 32 juta orang.

Saiz kabinet XL, prestasi teruk tuntutan anak muda potong gaji menteri wajar sebagai hukuman
74 orang menteri kebinet penduduk hanya 32 juta orang.

Sedangkan katanya, Amerika Syarikat yang populasinya seramai 330 juta orang hanya ditadbir oleh 25 orang menteri dan China pula hanya mempunyai 33 orang menteri walaupun mempunyai rakyat terbanyak seramai 1.4 bilion.

“Sebab itulah apabila masalah harga barang tidak lagi selesai, sedangkan menteri cukup ramai, maka tuntutan potongan gaji ini cukup wajar sebagai satu hukuman. Sebagai bukti apakah yang dibuat oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang mempunyai seorang menteri dan dua timbalan menteri bagi memastikan bekalan makanan yang cukup bagi menstabilkan harga. Kegagalan mereka sudah jelas dan perlu dihukum.

“Dengan mengekalkan saiz kabinet besar ini, ia umpama rasuah bagi mengekalkan kuasa Perdana Menteri (PM) dan ini jugalah yang disebut ‘scheme of things’ susulan langkah Sheraton. Jelas terbukti tindakan menukar kerajaan bukan sahaja satu pengkhianatan tetapi menyusahkan hidup takyat, ” ujar beliau.

Tambah Faiz, berjuta-juta wang telah dibelanjakan bagi gaji para menteri, sedangkan subsidi rakyat pula dipotong.Oleh kerana itu pemotongan gaji menteri adalah wajar sekali dilaksanakan agar wang tersebut boleh digunakan untuk membantu rakyat melalui subsidi.

Tegasnya, inisiatif yang diambil oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dengan memotong dua kali gaji Adun bagi sama-sama membantu kerajaan mengadakan dana untuk membantu rakyat ketika itu melalui pelbagai pakej bantuan rakyat harus dicontohi.

Ujar beliau, sikap peduli PH jika dibandingkan dengan sikap BN memperlihatkan kerajaan BN bukan sahaja tidak peka tetapi juga sombong dengan gaya hidup masing-masing.

Baca juga: Pelajar cemerlang tidak mampu sambung ke IPTA kerana miskin, ibu bapa OKU tiada pekerjaan

Baca juga: Wanita mengaku ‘nabi wanita pertama’, pakai baju menjolok mata duduk atas sejadah