Malaysia Dateline

Pelajar cemerlang tidak mampu sambung ke IPTA kerana miskin, ibu bapa OKU tiada pekerjaan

Sekarang pelajar-pelajar lepasan SPM sedang dalam proses melanjutkan pelajaran sama ada di IPTA atau IPTS namun ramai dalam kalangan pelajar cemerlang tidak mampu menyambung pelajaran mereka kerana kemiskinan.

Di tambah pula kedua ibu bapa tidak bekerja kerana mereka tidak mampu dari segi fizikal atau sebagai OKU.

Hasrat untuk ke menara gading terpaksa dilupakan dan terpaksa untuk meneruskan pelajaran ke tingkatan enam untuk tidak menyusahkan kedua-dua ibu bapa mereka.

Wanita AMANAH Kelantan menceritakan luahan sedih pelajar-pelajar miskin yang tidak dapat meneruskan pelajaran ke menara gading.

Keputusan SPM cemerlang

“Sanggupkah kita melihat anak-anak cemerlang ini yang tidak kesampaian ke IPT hanya kerana tiada duit

“Apa perasaan kita bila mendapat mesej rintihan seperti ini?

“Berderai air Mata bila dgr anak Perempuan cakap.

“Biarlah kalu umi Abah xdop pitih pun xPo, kakak buleh jah masuk tikatéNé (Biarlah kalau Umi Abah Tak ada duit , kakak boleh sahaja masuk tingkatan enam).

“Anak ini tahu ibubapa tak mampu menyediakan wang ribuan ringgit sebagai yuran kemasukan asasi UITM.

“Bertambah kesedihan mendengar nasib seorang pelajar cemerlang SPM 11A.

“Namun menghadapi kesukaran untuk menyambung pelajaran Asasi Sains Hayat Universiti Malaya kerana kedua-kedua ibunya OKU pendengaran dan bisu serta tiada pekerjaan.

“Mereka sudah pun mengisi permohonan bantuan dengan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) tetapi diberitahu bahawa kelulusan mungkin mengambil masa sehingga tiga bulan.

“PTPN begitu juga. Hanya boleh memohon selepas kemasukan ke IPT,” katanya.

Pelajar cemerlang tidak mampu sambung ke IPTA kerana miskin, ibu bapa OKU tiada pekerjaan
Tawaran terpaksa dilepaskan kerana tidak berduit

Bagaimanapun timbul persoalan bagaimana mahu mencari wang untuk yuran kemasukan pelajar-pelajar miskin ini.

“Apa nak jadi dengan nasib anak-anak kita yang cemerlang tetapi menghadapi masalah kewangan untuk menyambung pelajaran.

“Kerajaan dan agensinya perlu memperbaiki sistem penyaluran bantuan kepada rakyat dengan lebih efisyen.

“Justeru bagi memastikan anak-anak kita tidak tercicir peluang melanjutkan pelajaran AWAN Kelantan membuka tabung Bantuan Pendidikan bagi menyelamatkan anak-anak kita.

Bantu Kami Bantu Rakyat sambung pelajaran.

Derma sekarang

Maybank 553131016670
Wanita Amanah Kelantan
Wassap +60 13 349 2671 Ref tabung pendidikan

Baca juga: Banyak kawasan alami gangguan elektrik