Fenomena nostalgia ‘tepek bedak’ Ryan Bakery imbau kenangan manis zaman kanak-kanak

Oleh NASUHA RAHMAN

Tidak disangka seorang pemuda Ryan Bakery telah membuatkan warga net imbau kembali kenangan manis ketika zaman kanak-kanak apabila beliau membuat ‘content’ nostalgia ‘tepek bedak’.

Rata-rata warganet tidak menyangka sentuhan Ryan Bakery membuatkan mereka mengingat kembali zaman kanak-kanak yang dipakaikan bedak oleh ibu mereka untuk ke sekolah atau keluar berjalan-jalan.

Namun hari ini sudah tentu sukar untuk melihat suasana seperti ini apatah lagi kanak-kanak pada hari ini sudah pandai menghiaskan diri berbanding zaman dahulu.

Melihat komen-komen warganet ramai yang memuji kandungan media sosial yang disampaikan adalah sangat berguna terutama untuk tatapan kanak-kanak atau generasi Y hari ini.

Mempunyai pengikut hampir dua juta selain kisah kanak-kanak era 90 an beliau turut berkongsi kisah lucu dan perwatakan kelakar yang diberikan, rupa-rupanya ada kisah sedih di sebalik permulaannya menjadi seorang Tik Toker.

Difahamkan semuanya bermula selepas lelaki itu mula kehilangan pekerjaan akibat dari pandemik.

Fenomena nostalgia 'tepek bedak' Ryan Bakery imbau kenangan manis zaman kanak-kanak
Ryan diundang ke rancangan Melatop

“Content yang saya buat ni sebenarnya berdasarkan perjalanan hidup saya, apa yang saya lalui tu saya jadikan sebagai kandungan, jadi saya pilih ni sebab mungkin ada relate dengan orang.

“Selain itu saya tengok anak-anak jagaan mak saya, dia jaga budak, saya jadikan ia content,” katanya.

Ryan yang senonim dengan ‘budak bedak’ dengan seluar sukan dipakai tinggi berkemeja T pendek sangat tipikal sebagai kanak-kanak zaman 90 an dulu.

Fenomena nostalgia 'tepek bedak' Ryan Bakery imbau kenangan manis zaman kanak-kanak
Penangan Ryan Bakery, berpakat ‘tepek bedak’ di muka

Baru-baru ini dia diundang ke rancangan Meletop Ryan mendedahkan teknik menepuk bedak di mukanya dengan membersihkan sedikit bahagian muka serta menyikat rambut.

Tidak perlu ambil masa lama tepuk-tepuk bedak sudah siap sekelip mata. Terkini ‘krew’ Era FM turut menepuk bedak di muka seperti watak kanak-kanak yang dilakonkan Ryan Bakery.

Baca juga: “Budak sekolah pun reti malu siap tutup muka, tapi cikgu tetap rakam demi content”

Baca juga: Lelaki positif dadah sanggup ugut bunuh ibu hanya sebab tak bagi pinjam motosikal