Hormat hak orang lain: Bayi 4 bulan edar plastik mohon maaf bimbang tangisannya ganggu pesawat

Oleh NASUHA RAHMAN

Hormat hak dan kebebasan orang lain itulah prinsip yang dipegang oleh seorang ibu kepada bayi 4 bulan yang mengedar plastik mengandungi penyumbat telinga kepada penumpang pesawat.

Tindakan ibu ini dikagumi warganet kerana mengedarkan plastik berisi gula-gula, gula-gula getah, dan penyumbat telinga kepada lebih 200 penumpang kapal terbang sebagai permintaan awal memohon maaf.

Ibu ini menzahirkan rasa bimbang tangisan anaknya mengganggu penumpang kerana ini pertama kali bayinya menaiki pesawat ke Amerika Syarikat.

Penerbangan mereka mengambil masa selama 10 jam, dari Korea Selatan ke Amerika Syarikat.

Hormat hak orang lain: Bayi 4 bulan edar plastik mohon maaf bimbang tangisannya ganggu pesawat
Bayi 4 bulan bersama ibunya dalam pesawat

Di plastik itu tertera ayat “Hello, saya Jun Woo. Saya berusia 4 bulan dan saya ingin ke Amerika hari ini bersama ibu dan nenek saya. Saya sedikit gugup dan takut. Penerbangan pertama dalam hidup saya.

“Saya takut tangisan saya akan menyebabkan gangguan kepada orang lain.

“Saya akan cuba untuk tetap tenang, tapi saya tidak boleh berjanji padamu,” kata bayi itu.

Bayi itu mengingatkan penumpang agar menggunakan plastik itu jika suaranya terlalu kuat dan berharap para penumpang menikmati perjalanan itu.

Baca juga: Pengantin perempuan ditinggalkan bakal suami kerana ibu mendakwa hodoh dan pendek

Baca juga: Peras ugut ahli perniagaan, 9 anggota polis ditahan