Gara-gara berhutang, bekas tentera palsukan dokumen untuk jual 12 kereta mewah yang disewa

Oleh NASUHA RAHMAN

Gara-gara berhutang bekas tentera bertindak memalsukan dokumen bagi menjual 12 kereta mewah yang disewanya kepada pengedar kereta terpakai.

Tindakan bekas tentera tersebut telah menyalahi undang-undang untuk membayar hutangnya.

Lapor thethaiger.com, lelaki daripada Thailand itu didakwa menyewa 12 buah kereta mewah dan kemudian menyediakan kertas kerja palsu untuk menjual kenderaan berkenaan kepada pengedar kereta terpakai.

Jelas laporan, lelaki itu kini ditahan oleh Jabatan Pembanterasan Jenayah (CSD) dan didakwa atas pertuduhan penipuan, pemalsuan serta menggunakan dokumen rasmi palsu.

Gara-gara berhutang, bekas tentera palsukan dokumen untuk jual 12 kereta mewah yang disewa
Bekas sarjan tentera (tengah) menyewa 12 kereta mewah kemudian jual 

Suspek dikatakan menyewa 12 kereta mewah dengan nilai gabungan kira-kira 76 juta baht (RM9.31 juta) dan kemudian bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menjual kenderaan tersebut kepada pelbagai pengedar kereta terpakai.

“CSD sudah mendapatkan keterangan tiga perkhidmatan kereta sewa yang menjadi mangsa.

“Mereka juga memfailkan aduan selepas kenderaan yang disewa tidak dikembalikan serta lelaki berkenaan gagal dikesan di mana-mana,” jelas laporan itu.

Menurut CSD, suspek akan meneliti pemilikan dan butiran kereta terlebih dahulu sebelum menggunakan rakan kongsi sebagai penjaminnya bagi mematuhi syarat perkhidmatan sewa dan bertindak menyewa kenderaan mewah tersebut.

“Mereka kemudian akan menggunakan maklumat itu untuk membuat kertas kerja palsu yang menyenaraikan diri mereka sebagai pemilik bagi membolehkan kereta itu dijual,” jelasnya.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya Biro Siasatan Pusat memaklumkan pihaknya berjaya merampas sembilan daripada 12 kereta mewah yang disewa dan kemudian dijual.

Katanya, mereka kini menyiasat sama ada pengedar kereta yang membeli kenderaan mewah disewa itu turut sama terlibat dalam jenayah terbabit.

“Kami juga sedang siasat sama ada mereka mengetahui dokumen itu sebenarnya palsu dan suspek bukan pemilik asal kereta yang dijual kepadanya,” jelasnya dipetik Utusan.

Selain itu, Pesuruhjaya Biro Siasatan Pusat memberitahu beberapa kereta mewah itu mungkin sudah dijual di pasaran gelap.

Baca juga: Tular minyak paket hanyut di Laut Jawa-Netizen persoal kenapa buang? Di sini bukan main susah nak dapat

Baca juga:Kilang kedua Sambal Nyet Khairulaming bakal dibuka setelah jualan cecah RM14 juta