Malaysia Dateline

Tular minyak paket hanyut di Laut Jawa-Netizen persoal kenapa buang? Di sini bukan main susah nak dapat

Terkini satu video penemuan beribu-ribu minyak paket hanyut di laut Jawa Indonesia sedang tular telah mengejutkan warga net khususnya di Malaysia.

Di Malaysia isu minyak masak sedang hangat diperkatakan terutama minyak paket yang diberi subsidi oleh kerajaan bukan sahaja disalahguna bahkan diseludup di negara jiran Thailand.

Justeru, muncul video minyak paket hanyut dan dibuang bagitu sahaja sudah tentu membuatkan rakyat negara ini terkejut kerana minyak paket di negara ini agak susah didapati.

Minyak hanyut diangkut ke dalam kapal

Video yang tular di aplikasi TikTok berkenaan menunjukkan anak kapal sedang berenang dan mengutip minyak paket kemudian di letakkan dalam kapal mereka.

Bagimanapun sehingga kini punca dan sebab minyak itu hanyut belum dapat dipastikan, kata sumber Oh Media.

Kat sini nak cari 1 pun susah… 99 , KK, pasaraya selalunya hanya nampak kotak..komen Cwing Wong.

Tidak kurang juga ada yang mendakwa minyak paket hanyut itu kerana aktiviti penyeludupan sedang berlaku.

“Nak seludup lerr tuu, nmpak marin, navy buang ke laut, tulis Oren Marikh

“Mungkin sindiket penyeludupan buang bahan bukti,” tulis Mohd Zyri

Terkini, kerajaan telah mengumumkan harga siling minyak berbotol 5kg akan dijual pada harga RM34.80 bermula 8 Ogos ini, manakala minyak paket RM2.50 sepaket.

Baca juga: Memiliki aset RM65.1 juta, kanak-kanak ini digelar ‘bilionair termuda di dunia’

Baca juga: Tunggu ambulan lama sangat, wanita beranak dalam kereta sorong