Pemuda ini pesan ketika kemalangan jangan tandatangan apa-apa dokumen dari trak tunda, ini sebabnya

Oleh KIM SYAZIE

Kadang-kadang kita sendiri sudah mengamalkan pemanduan paling selamat di jalan raya, tetapi kemalangan tetap juga boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Inilah orang kata malang tidak berbau. Dek kerana itu, sebagai pengguna jalan raya kita perlu mengetahui hak-hak kita sebagai pengguna.

Apabila terlibat dalam sesuatu kemalangan, sebaiknya jangan cemas dan cepat-cepat cari nombor telefon insurans kereta anda. Insurans kereta selalunya disertakan sekali dengan pakej tunda kereta jika berlaku apa-apa kemalangan.

Seperti perkongsian seorang pengguna jalan raya, Syahrul Anuar, dia menasihatkan orang ramai agar tidak menandatangani apa-apa dokumen dari orang ketiga yang mewakili lori trak tunda.

Dia menceritakan bagaimana dia hampir membayar RM500 kepada trak tunda selepas terlibat dalam kemalangan. Perkongsian ini boleh dijadikan pengajaran dan persediaan kepada orang ramai agar tidak bertindak panik dalam situasi cemas.

Kami kongsikan cerita penuh dari pemuda berkenaan yang dikongsikan oleh halaman Viral Media Johor di Facebook.

Kami baru accident teruk. Kereta total loss! Jangan buat kesilapan yang kami buat ni. Ingat sampai bila-bila.

Bila accident, jangan sign any dokumen dari orang tow truck yang datang. Salah ke? Tidak! Cuma ada possibility kereta korang tak dibawa ke authorised bengkel yang berdaftar dengan pengeluar kereta (kes aku: Honda). Kereta pun masih baru (kurang setahun).

Waktu kami accident hari tu, within few minutes wife aku accident… dia terus didatangi brother tow truck dan minta dia sign dan she sign tanpa fikir. Yelah, tengah panik dan shocked kan.

So when i arrive, i decide to use Honda tow program. Malangnya call centre Honda tak angkat call. Jadi, aku kena nego dengan brother tow truck untuk minta jasa baik dia bawa kereta aku ke workshop under Honda official.

Aku insist gila, ‘Kalau kau tak bawa ke bengkel pilihan kami, saya takkan benarkan you tow” dan aku record janji dia untuk bawa ke official Honda repair centre.

“Kenapa tak cancel je?”

Nak cancel kena bayar RM500 cancellation fee. Gila, padahal kos sebenar dalam invois tak sampai RM250.

“Alah, bengkel memana pon sama saja!”

Tidak semestinya! Sebab aku nak barang ori, sebab kereta ada takaful yang boleh cover takaful.

“Sayang la kereta baru.”

Tapi ditakdirkan, kereta aku total loss. So takyah lah repair!

Recap: Selepas accident, jangan panik dan jangan terima servis external tow truck selain yang berdaftar dengan takaful korang!

Post ini bukan bermotif nak burukkan third party tow truck. Aku punya matlamat, nak kongsi pengalaman yang mungkin bermanfaat untuk orang ramai. Semoga Allah pelihara kita semua.

Apa kata anda?

Baca juga: “Kenapa tak panggil saya?” – Syamsul kecewa Finas berdiam diri isu cetak rompak filem Mat Kilau

Baca juga: Banyak kali rider kena tipu bila ambil ‘order cash’, tapi kisah pelanggan ini berkeras guna tunai buat ramai buka mata