Laptop lebih bermanfaat-Anak muda pertikai projek tablet PerantiSiswa Annuar Musa

Oleh NASUHA RAHMAN

Seorang anak muda mempertikaikan projek Tablet PerantiSiswa oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa kerana penggunaan tablet tidak sama dengan kapasiti laptop.

Anak muda yang dikenali Asraff Jeffery menyifatkan projek itu satu pembaziran yang sedang dilakukan kononnya untuk orang susah dan pelajar B40.

Asraff merupakan Tech Reviewer di Channel Youtube Monalizapc memberi fokus kepada review barang-barang teknologi seperti Gadget, salah satunya ialah Tablet.

“Dalam video, saya akan cerita adakah tablet itu bagus atau tidak. Apa kelebihan dan kekurangan.

“Tetapi sampai sekarang saya tertanya-tanya kenapa orang beli Tablet. Setakat ini hanya ada satu sebab utama dan berguna yang saya dapat iaitu untuk Digital Drawing,” kata beliau.

Berdasarkan pengalamannya, tablet tidak sama dengan Laptop di mana ‘environment’ ia lebih simple.

“Kalau sekadar Online Meeting, main FB, Mobile Legends dan layan Netflix, OK.

“Tapi kalau nak buat kerja, ada banyak keterbatasan dan mengurangkan produktiviti pengguna. Oleh sebab itu, Laptop atau PC adalah alat yang lebih bermanfaat,” katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menolak penggunaan tablet sewaktu PKP boleh terima inisiatif bagi Tablet kepada rakyat, sekurang-kurangnya anak-anak boleh guna untuk belajar Online.

“Tetapi sekarang, lepas buka Sekolah, saya tidak pernah nampak anak saya ada Online Class dengan Cikgu-Cikgunya. Bahkan, hari Sabtu pun ada kelas amali Solat yang saya kena hantar.

“Jadi,di mana relevannya projek sebegini?” soal beliau.

Asraff menasihatkan jika betul ingin bantu rakyat, bagi sesuatu yang rakyat betul-betul perlu dan boleh manfaatkan seperti Laptop.

“Atau mungkin boleh perbanyakkan Cyber Cafe 1 Malaysia supaya senang diakses oleh semua orang untuk buat kerja.

“Sudah tentu ada SOP yang wajib diperbaiki di Cyber Cafe 1 Malaysia tetapi kita tidak boleh nafikan, ini antara projek bagus yang Perdana Menteri Ke-6 buat.

“Janganlah jadi manusia yang tidak bertanggungjawab. Kita diberi amanah untuk jaga Arnab. Kemudian kita lontar Coklat ke dalam sangkar.

“Kemudian kita pun bagitahu yang kita sudah bagi sesuatu. Pada akhirnya,Coklat dibazirkan dan Arnab mati.

“Setiap antara kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita lakukan. Tetapi, pemimpin lebih besar tanggungjawabnya dari rakyat yang biasa. Tersalah buat, api Neraka jawapannya,” katanya.

Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan sebanyak 350,000 tablet jenama Samsung akan mula diagihkan secara percuma kepada pelajar B40 di bawah program PerantiSiswa mulai bulan ini.

Annuar Musa berkata, proses perolehan peranti itu yang dibuka semula menerusi tender terbuka selesai pada akhir bulan lalu.

Jawatankuasa pemilihan telah memilih jenama Samsung yang memperolehi tawaran terbuka melibatkan lima pembekal bagi lima zon berbeza, iaitu Sabah dan Sarawak, Utara, Tengah, Timur serta Selatan.

Baca juga: Masa sakit bertudung rayu doa ramai, dah sihat siap kata ‘baik buruk saya tanggung’-Elyana dihambur netizen

Baca juga: Muat naik video dengan kenyataan jelik dua tahun lepas, mahkamah bebaskan Jamal