Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan Datuk Panglima Perang Mohd Nassuruddin Daud mengalami patah kaki akibat satu kemalangan di Mesir Jumaat baru-baru ini.
Adun Meranti itu ke Mesir bersama rombongan beberapa pimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob.
Beliau menyertai rombongan berkenaan yang dijadualkan hadir ke Seminar Peradaban Kerajaan Negeri Kelantan di Timur Tengah 2022 (Spektrum 2022) hingg 16 Ogos.
Menurut pegawai khas Jamal Najmuddin Sulaiman kejadian berlaku ketika Mohd Nassuruddin bersama bekas Adun Pulai Chondong Zulkifli Mamat dan seorang pelajar dalam perjalanan dari lapangan terbang ke tempat penginapan dengan menaiki sebuah kereta.
“Kereta yang dinaiki mereka cuba mengelak kenderaan lain yang berhenti secara mengejut sebelum berlanggar dengan kenderaan lain dari arah bertentangan,” katanya dipetik Malaysiakini.
Jamal berkata Mohd Nassuruddin mengalami patah kaki kanan akibat kemalangan itu dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di sebuah hospital.
“Sama-samalah kita berdoa semoga beliau segera sembuh dan dapat menjalankan tugas seperti biasa,” katanya lagi.
Dia berkata Mohd Nassuruddin kini menunggu prosedur ditetapkan sebelum pulang ke Kelantan.
Zulkifli Mamat yang turut bersama dalam kejadian itu menyifatkan ia sebagai kemalangan kecil sahaja.
“Ya terlibat (kemalangan), tetapi sikit saja. Dia (Mohd Nassuruddin) bersama ana (saya) dalam kereta,” katanya.
baca juga: Hisham sepatutnya jawab 6 soalan masyarakat tentang LCS, bukan ikut skrip sepupunya saja
Baca juga: Nak cari calon suami, boleh ‘beli’ dipasar siap ditanda kelayakan pendidikan, asal usul keluarga
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio