Sehelai surat yang ditulis seorang asnaf di Kajang meminta Lembaga Zakat Selangor untuk membatalkan namanya dalam penerima zakat Selangor disifatkan orang yang amanah dan sukar ditemui ketika ini.
Penerima zakat mengajukan permohonan itu kepada Zakat Selangor Bandar Baru Bangi dan memaklumkan pendapatan bulanannya dijangka stabil pada September 2022.
Sikap amanah penerima zakat ini menerima pujian dalam kalangan netizen susulan Facebook Lembaga Zakat Selangor berkongsi surat tersebut.
“Ustaz, saya nak keluar asnaf. InshaAllah, pendapatan saya dah semakin baik dan cukuplah zakat bantu saya sebelum ni, tentu ramai lagi yang memerlukan bantuan dari zakat. Terima kasih pembayar zakat”.
“Dengan sehelai surat dan panggilan telefon, kami berbual berkaitan hasratnya, untuk kepastian.
“Bila kita berada pada fasa endamik, langkah semakin jauh dan semakin gigih berusaha, maka hasilnya seperti yang sering kita dengar ” Man Jadda Wa Jada”, setiap usaha pasti berjaya. Alhamdulillah.
“Semoga asnaf ini akan terus berjaya melalui saat getir ketika ini,”kongsi Lembaga Zakat Selangor.
Justeru netizen memuji penerima zakat tersebut kerana bersikap jujur dan mendoakan dia mendapat rezeki berganda.
“Bukan mudah nak jumpa orang amanah sebegini ..moga dipermudahkan urusan hamba ALLAH ini dan diberi rezeki yg melimpah ruah .. Aamiin Aamiin Aamiin yaa Rabbal Aa’lamiin Insha ALLAH,” tulis Nurul Naz Aishah Ibrahim.
“Alhamdulillah..Moga si pengirim Surat sentiasa dilimpahkn rezeki yg x putus2..dia tahu mngkin ada insan lain yg lbh layak dr dia utk menerima bantuan zakat,” komen Nurilham Iman.
“Penerima zakat yg amanah!!… Insyaallah rezekinya berganda ganda hasil sifat amanah yg tinggi,” komen Syahrizal Azli Jaafar.
Baca juga: Content pontianak mengilai: Mak ayah hentikan trend bodoh ini, anak jadi trauma sepanjang hidup
Baca juga: 7 penjenayah dedah filem Bollywood Special 26 bagi idea merompak