Malaysia Dateline

Content pontianak mengilai: Mak ayah hentikan trend bodoh ini, anak jadi trauma sepanjang hidup

Content pontianak mengilai di aplikasi TikTok di mana anak-anak ditakutkan kemudian mak ayah lari menahan pintu menjadi trend hari ini perlu dihentikan.

Ini kerana ia memberi kesan buruk kepada anak-anak yang boleh mengundang trauma sepanjang hidup mereka.

Walaupun ia dilihat satu content yang kelakar hakikatnya boleh menggangu tumbesaran anak-anak di mana memori ketakutan tersebut akan terbawa sampai ke anak besar.

Seorang warganet Anuar Zamil tampil mengkritik sikap ibu bapa yang membuat content seperti ini hanya kerana mahukan ‘view’ semata-mata.

Ini perkongsia Anuar Zamil di facebook yang boleh manjadi panduan buat ibu bapa;

Content pontianak mengilai: Mak ayah hentikan trend bodoh ini, anak jadi trauma sepanjang hidup
Anak-anak meraung ketakutan

Jangan takutkan anak macam ini.

Viral di TikTok content menakutkan anak dengan cara bukak bunyi “Pontianak Mengilai” dan kemudiannya lari dan menahan pintu, meninggalkan anak-anak dalam bilik sendirian.

Abam bukan lah professional yang tahu handle anak. Bukan juga yang terpaling power dalam menjaga anak dan terpaling parenting, tetapi trend ni sangat BODOH bagi abam sebab sengaja menakutkan anak-anak demi sebuah content.

Pernah teringat, abam pernah terbaca keburukan menakut-nakutkan anak ni sebab banyak sangat mudarat. Trend ni pulak bukan sekadar MENAKUTKAN namun juga MEMALUKAN. Yelah dah satu dunia lihat kan.

Kan whatever uploaded on Internet, will stay forever.

Allahuakbar.

Sebagai parents, kita adalah idola anak-anak. Bukan sekadar itu, kita juga adalah pelindung bagi anak-anak. Mereka akan mula hilang keyakinan diri bila selalu sangat menakutkan mereka dengan cara macamni.
MINDA ANAK NI IBARAT HIGHWAY.

Kita yang menentukan jalan mana yang kita nak bawak. Kalau kita terapkan sangat ketakutan, itu saja lah yang dia akan nampak. Dan jangan lupa, highway tu mula akan bercabang-cabang. Walaupon kita hanya takutkan pasal hantu, tapi ketakutan dia boleh pergi ke tempat lain contoh:

  • Takut Gelap
  • Takut nak bergerak sorang diri
  • Takut nak tinggal kat rumah sorang
  • Takut perempuan rambut panjang

Macam-macam lagilah.

Dan kalau korang nak tau, benda macamni juga boleh membuatkan mereka trauma sepanjang hidup. Which akan menganggu proses tumbesaran diorang. Ia takkan hilang begitu sahaja. Memori ketakutan tersebut akan terbawa sampai ke anak besar.

Dan ia akan menjadi punca mudahnya anak-anak trigger fobia dan anxiery apabila dewasa. Kesan yang sama juga berlaku bila kita biasakan anak tengok cerita seram dan ganas.

Kita rasa kelakar, tapi ianya meninggalkan luka yang panjang

Ubahlah cara bergurau. Jangan hanya demi content dan view semata-mata kita sanggup lukakan mereka dan serta merta memalukan diorang. Kita adalah contoh terbaik bagi mereka. Anak-anak adalah amanah Allah yang sangat berharga.
“AKU GURAU JE. APASAL NAK SERIUS SANGAT. AKU DENGAN CARA AKU.”

Abam mohon maaf segala kertelanjuran kata-kata. Feel free to disagree. Betul cara bergurau masing-masing berbeza.
But I still stand on my view yang CONTENT NI CONTENT BODOH yang abam rasa kita perlu hentikan.

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

Maaf sekali lagi atas kekasaran bahasa.

Baca juga: Gaji tinggi, mata wang kukuh daripada RM punca ramai berhijrah, kerja di Singapura

Baca juga: 7 penjenayah dedah filem Bollywood Special 26 bagi idea merompak