Najib terkejut, kecewa? Rakyat jelata pun kecewa juga

Oleh KIM SYAZIE

Rakyat jelata pun kecewa juga. Rakyat jelata terkejut dan kecewa dengan perbuatan dia. Tapi dia buat bodoh saja.

Bila dia tak dapat apa yang diminta daripada Mahkamah Persekutuan, dia kata dia “terkejut dan sangat kecewa dengan keputusan hakim”.

Dia dah dibicarakan dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Tiba-tiba dia pecat peguam dia dan lantik peguam baru.

Peguam baru cuba tangguh kes selama 3 hingga 4 bulan, kemukakan “bukti baru” dan “bicarakan” Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali pula.

Nasib baiklah Mahkamah Persekutuan tolak kesemua percubaan mereka dan tangguh perbicaraan sehari saja. Prosiding akan disambung lusa (Khamis).

Sekarang mereka kenalah pertahankan dia daripada sudut “legality” berasaskan bukti dan bukan lagi “technicality” yang berasaskan “hearsay” (cakap-cakap mulut).

Baca juga: Najib gagal yakinkan mahkamah untuk timbulkan keraguan terhadap hakim Nazlan, peguam yakin mahkamah berlaku adil