Ramai terkejut, tindakan pemuda ini sanggup ‘swap’ tanah lot dengan motosikal RX-Z

Oleh NASUHA RAHMAN

Kerana minat dan mahu memiliki motorsikal Yamaha RX-Z tindakan pemuda ini telah mengejutkan ramai kerana sanggup ‘swap’ sebidang tanah lot dengan motosikal lagend itu.

Umum mengetahui ketika ini motosikal RX-Z menjadi kegilaan ramai kerana harganya semakin hari semakin tinggi sehingga menjadi perhatian ramai.

Jadi tidak hairanlah ramai yang menyimpan motosikal ini di dalam rumah kerana dibimbangi ia dicuri.

Sebelum ini pun ada yang menawarkan motor tersebut dengan harga mencecah RM70,000 berikutan penggunaan barangan original sepenuhnya.

Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini juga telah berlangsungnya satu acara ‘RX-Z Members’ yang berlokasi di Terengganu menyaksikan peminat motorsikal model ini di seluruh negara turun memeriahkan acara tersebut.

Baru-baru ini terdapat satu berita yang menggemparkan warga maya apabila Yamaha RX-Z berjaya terjual dengan tukaran dengan sebidang tanah lot di negeri Kelantan.

Ramai terkejut, tindakan pemuda ini sanggup 'swab' tanah lot dengan motosikal RX-Z

Pengumuman ini dikongsikan oleh Facebook Nikmohdzulkiflee Lee menerusi Facebook Group jual beli RX-Z.

Difahamkan, motorsikal RX-Z yang ditukarkan dengan sebidang tanah lot itu adalah jenis Catalyzer dan mula diperkenalkan pada tahun 2003 sehingga tahun 2011, dipetik yoy.my.

Pada awalnya, ramai netizen yang tidak mempercayai berita tersebut dan menanggap ianya hanyalah sekadar konten semata-mata apabila ada yang sanggup menukarkan tanah demi sebuah jentera RX-Z Catalyzer.

Bagaimana pun, terdapat sebuah lagi perkongsian yang mana dia menepis segala dakwaan dan mengesahkan pertukaran nama tanah lot seperti yang dijanjikan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terkejut dengan pertukaran yang dilakukan bahkan memberikan pendapat masing masing.

“Hok ni lah benda nya..Ingat mahal sangat bekalih tanah..swap ng RXZ gtu jah.

“Hok nilah ore kato, kerana minat kerana nok ko suatu benda hok mgkin sblm ni zaman kanak2 dulu mg dokleh nk rasa.

“Sapa masa sapa rezeki sapa ketika, takdok apa mampu menghalang..

“Rezeki masing masing empunya..

“Sampai masa kito, bukan kato RXZ, helikopter pun kito boleh beli kalu mampu.

“Usahlah mencaci, usahlah membenci kerana rezeki kita berlainan hari,” komen Isabella96_0fficial menyokong tindakan pemuda ini.

Pun begitu, pihak yang berkongsi tidak memaklumkan sebarang nilai semasa Yamaha RX-Z Catalyzer mahupun tanah lot yang berada di negeri Kelantan itu.

Melihat kepada jumlah peminat yang ramai beserta jumlah model ini yang semakin berkurangan berikutan sudah dihentikan pengeluaran, tidak mustahil harga model RX-Z akan terus melambung sekiranya terdapat peminat yang sanggup mendapatkannya dengan harga yang tinggi.

Baca juga: Berhadapan keadaan sukar, Najib akui Allah penolong hambanya mencari kekuatan