Penonton Konsert Billie Eilish Happier Than Ever – The World Tour 2022 malam tadi ada yang menganggap seperti tengok ikan bilis ekoran jarak yang terlalu jauh dengan pentas.
Rata-rata mereka yang sanggup mengeluarkan duit untuk membeli tiket berharga antara RM308 hingga RM598 dilihat menyuarakan rasa tidak puas hati mereka di media sosial.
Bahkan, chef selebriti media sosial, Khairul Amin Kamarulzaman, 30, turut berpendapat terlalu banyak ruang kosong di hadapan pentas persembahan hinggakan katanya penonton patut bawa teropong.
Sementara itu, pengguna Twitter, @xhaiex berkongsikan gambar suntingannya yang menunjukkan perbezaan harga tiket yang hanya RM90 untuk menonton aksi Billie dengan lebih jelas.
“Perbezaan jurang ini hanya RM90. Apa sia* organiser macam ni? Kesian peminat Billie,” tegasnya.
Dalam masa sama, ada juga netizen yang dilihat ‘berpuas hati’ malah meninggalkan komen ‘padan muka’ terhadap mereka yang menghabiskan ratusan ringgit hanya semata-mata untuk hiburan yang melalaikan.
“Padanlah muka. Lebih baik susah diri pergi majlis taklim. Walaupun jauh ceruk dapat tengok asatizah ustaz-ustaz idaman, juga dapat pahala berganda.
“Dari susah-susahkan diri untuk benda lagha. Sudahlah susah dapat tempat, jauh tak berbaloi dosa pula dapat. Package,” kecam pengguna Twitter, Rashid Rahim.
Eilish yang merangkul tujuh trofi Anugerah Grammy mencipta nama sejak 2015 dikenali dengan genre muzik elektro pop indie.
Sebelum ini dilaporkan, ada peminat tegarnya di Malaysia sanggup mengambil cuti, bersengkang mata dan bergegas ke Stadium Nasional Bukit Jalil, seawal jam 5 pagi.
Mereka yang terdiri daripada remaja terutama pemegang tiket zon berdiri mula berkumpul di laluan tiket untuk berebutkan ‘spot’ terbaik demi menonton sedekat yang boleh persembahan penyanyi yang popular dengan lagu Bad Guy itu.
Baca juga Cahaya menerangi hingga ke Jumaat berikutnya, ini manfaat amal baca Surah al-Kahfi