Agak ramai YouTuber yang mengetengahkan konsep penceritaaan kisah seram dalam saluran mereka mendakwa terdapat satu tingkat KLCC dikosongkan atas faktor mistik.
Walau bagaimanapun, seorang jurutera yang terlibat dalam pembinaan menara berkembar yang pernah diiktiraf bangunan tertinggi di dunia sehingga 2004 itu menegaskan dakwaan tersebut hanya cerita dongeng.
Ikuti perkongsian ZAIDI AS menjelaskan ada apa dengan satu tingkat di bangunan dengan 88 tingkat itu:
“Cerita pasal KLCC yang ada satu tingkat tiada orang duduk itu dah lama.
“Saya adalah salah seorang jurutera yang terlibat dalam pembinaan KLCC daripada tahun 1996 lagi. Semua itu dongeng.
“Tingkat itu adalah aras mekanikal. Disebabkan terlalu tinggi, bangunan ini ada dua peringkat stesen pam. Kalau tidak, macam mana air nak sampai ke atas.
“Chilled water system untuk aircond KLCC pun dipam dari dua peringkat di aras mekanikal itu.
“Itu sebab tiada unit pejabat di tingkat itu. Saya keluar masuk tingkat itu seorang diri masa pembinaan, tiada ganguan pun.
“Kisah orang mati semasa pembinaan dulu memang betul. Itu memang lumrah.
“Yang saya hairan, siapa yang mulakan cerita ada tingkat dikosongkan sedangkan saya dah teroka setiap tingkat di menara itu.”
Baca juga Banjir teruk KL: ‘Tiada tindakan, tiada pengumuman, macam tiada menteri’
Baca juga Lumayan! Kerja sebagai pembantu jualan, rakyat Malaysia ditawar gaji RM10,000 sebulan