Warga maya terhibur dengan gelagat netizen yang cuba menjual pelbagai barangan kononnya milik Billie Eilish di laman web Carousell.
Jualan dengan harga tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit itu membuatkan netizen geli hati mengetahui ia sebenarnya bukanlah barangan milik penyanyi luar negara itu, cuma ia seakan sama seperti yang digunakan artis tersebut ketika berlangsungnya konsert baru-baru ini.
“Saya dapat botol minuman Billie Eilish dari sekuriti selepas tamat konsert. Masih ada air di dalamnya. Ada tanda B pada botol ini dan masih belum membuka botol ini,” tulis peniaga di Carousel.
Botol minuman itu juga dijual dengan harga setinggi RM1,200.


Tambah melucukan apabila penjual sama turut mengiklankan stoking tangan muslimah dengan meletakkan kapsyen ia adalah milik Billie Eilish.
“Saya dapat stoking tangan yang digunakan Billie Eilish semasa konsert. Ia ditinggalkan di bilik persalinan. Sekuriti di situ adalah pakcik saya yang membantu saya dapatkan stoking tangan ini sebelum ianya dibuang.
“Belum pernah dibasuh,” tulis pada deskripsi. Stoking tangan itu pula dijual dengan harga RM4,800.

Rata-rata netizen menyatakan rasa terhibur dan bertanya berapa pula harga kerusi yang jadi tempat duduk penyanyi itu.
