Malaysia Dateline

Kisah ‘influencer’ disaman lepas kongsi gambar bilionaire buat kebajikan, tapi orang kita kalau kaya lain pula perangainya

Sikap suka mempamer kekayaan dengan menunjuk-nunjuk barangan berjenama, kereta mewah, dan rumah besar, tidak sesuai untuk ditayangkan kepada umum lebih-lebih lagi untuk membuktikan diri mereka sememangnya kaya.

Ada yang menganggap ia sebagai pemangkin semangat untuk orang lain lebih berjaya, tetapi jika berlebihan bimbang pula dikata riak.

Seperti yang diceritakan seorang pemuda, Muhammad Hassan, dia berkata ada seorang pempengaruh Instagram disaman selepas memuatnaik gambar seorang bilionaire di Dubai sedang melakukan amal kebajikan. Gambar itu pula dijadikan sebagai ‘content’ di laman sosial pempengaruh itu.

Walaupun pada awal tujuannya untuk menceritakan tentang kezuhudan bilionare yang kaya tapi masih lagi ada masa untuk membaca al-Quran, tetapi ia tidak disukai bilionaire tersebut.

Kerana itu katanya di Dubai perlu lebih berhati-hati apabila mengambil mana-mana gambar orang di sana lebih-lebih lagi wanita.

Jawapan yang diberikan juga amat memeranjatkan. Kami sertakan perkongsian penuh Muhammad Hassan yang dimuatnaik di Facebook miliknya.

Di Dubai nak ambil gambar kena hati-hati. Lebih-lebih lagi gambar wanita. Jika tuan punya badan tahu kita ambil gambar mereka, then upload di media sosial untuk content, kita bakal disaman walaupun untuk kebaikan orang ramai.

Ada influencer kat Dubai ini hampir kena saman sebab snap gambar seorang billionaire dan buat content di Instagram.

Content simple sahaja. Upload gambar billionaire ini sedang baca Al Quran dan makan bersama petugas masjid di tangga. Dia nak cerita kezuhudan seorang bilionaire walaupun kaya masih ada masa untuk baca Al Quran dan masih melayan orang bawahan.

Apabila posting itu viral dan diketahui oleh billionaire tersebut terus diambil tindakan oleh peguam dengan memberi arahan untuk padam posting tersebut.

Kata billionaire tersebut.

“Tidak perlu untuk jadikan aku contoh, Cukuplah Nabi Muhammad s.a.w contoh terbaik. Hari ini kamu cerita tentang kebaikan saya, esok hari kamu boleh cerita keburukan saya jika kamu nampak. Saya bukanlah contoh untuk kamu, Rasulullah s.a.w itulah contoh yang terbaik dan sepanjang zaman boleh dijadikan contoh”

Kita hari ini Allah bagi sedikit kaya terus buat content hidup zuhud, makan bersama orang-orang miskin, makan nasi bungkus pun upload di media sosial, sedekah sana sini snap gambar.

Siap dengan team rakaman dan editing untuk upload di media sosial nak tunjuk kepada orang lain walaupun kaya diri saya tetap zuhud dan banyak menderma.

Tidak salah untuk apa-apa content begini, tapi hati-hati dengan tipu daya syaitan. Syaitan sedaya upaya untuk hadirkan rasa sombong, riak, ujub. Syaitan ini dia nak segala amalan kita ini jadi debu di akhirat nanti.

Sebab itulah antara 3 golongan masuk neraka paling awal adalah orang kaya raya dermawan tapi niat menderma untuk orang panggil dia dermawan.

Sekadar memberi ingatan untuk kita sama-sama perbaiki niat setiap hari. Kata jemaah tabligh ketika dalam ceramah mereka. Setiap hari kita kena perbaiki niat. Buat apa-apa amalan atau kebaikan hanya untuk redha Allah, bukan untuk redha manusia.

Baca juga: ‘Tukang kebun, makcik cleaner pun boleh jadi jerung’, orang ramai sindir kenyataan Shahril

Baca juga: Bila peperiksaan dihapuskan, cikgu je yang tahu bagaimana sesetengah murid hilang hala tuju