“Kena jaga 15 kelas sehari” – Anak cikgu cerita hakikat jadi guru, ibu di sekolah banyak kerja sampai tidur 3 pagi

Oleh KIM SYAZIE

Luahan seorang individu yang juga anak kepada seorang guru tular di media sosial selepas individu berkenaan meluahkan hakikat sebenar melihat ibunya dibebankan dengan begitu banyak tanggungjawab di sekolah.

Perkongsian tersebut tersebar di media sosial selepas ia dimuatnaik semula di Twitter oleh pemilik akaun @JunsuSyhn, yang berkongsikan beberapa tangkap layar mengenai video berkenaan.

Menerusi tangkap layar tersebut, anak kepada guru berkenaan memaklumkan ibunya tidak mampu lagi menjalankan tugas sebagai guru dan nekad menghantar surat peletakan jawatan akibat beban kerja di sekolah.

Luahan tersebut kemudian mengundang lebih banyak komen dari beberapa anak guru yang mengadu hal sama.

“Ada satu akaun TikTok ni anak kepada seorang guru, mengeluh kerana ibunya diberi terlalu tanggunggjawan seolah sampai terpaksa berhenti kerja. Baca dekat komen lagi ramai anak cikgu mengadu benda yang sama,” tulis pemilik Twitter itu yang berkongsikan beberapa aduan serupa dalam kalangan anak-anak cikgu.

Mereka mendakwa sering melihat ibu mereka bekerja sehingga lewat malam biarpun pada waktu cuti sekolah.

Apa lebih merisaukan apabila ada yang memberitahu ibu mereka terpaksa kendalikan 15 buah kelas dalam 1 hari disebabkan kekurangan tenaga pengajar di sekolah-sekolah.

“Bila kenang balik macam mana ibu aku buat kerja, kalah aku yang muda. Pukul 3 pagi lagi dan tanda-tanda buku. Sampailah ada satu masa tu pengsan dekat sekolah,” luah anak guru yang lain.

Baca juga: Tak sangka jadi keldai akaun tanpa sedar lepas cagar kad bank untuk pinjam duit

Baca juga: Rakyat mengeluh isu ketiadaan parkir setiap kali kondo baru naik, LRT pun tiada, dibina entah dekat mana