‘Heboh nak tengok sangat bilal, pergilah masjid’, netizen terus ‘bergaduh’ mahu lihat wajah anak Neelofa

Oleh ARIF ATAN

Sampaikan ada yang berseloroh dengan menyebut pergi saja ke masjid kalau mahu tengok bilal. Netizen dilihat terus ‘bergaduh’ gara-gara mahu melihat wajah anak selebriti jutawan Neelofa.

Anaknya yang diberi nama Muhammad Bilal itu sehingga kini memang tidak dikongsikan wajah di media sosial atas pendirian mahu mengelak panahan penyakit Ain iaitu gangguan disebabkan pandangan.

Namun, dalam masa sama, Neelofa, 33, seolah-olah buat ‘teaser’ berkongsikan penampilan anaknya dari semasa ke semasa dengan menunjukkan anggota tubuh si cilik yang lahir pada 29 Januari lalu. itu.

Terbaharu tular, gambar suami Neelofa, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz memegang kedua-dua hujung tangan cahaya mata sulung mereka dengan menampakkan otot paha dan lengan Bilal yang ‘gebu’.

Susulan itu, rata-rata ‘geram’ tidak sabar mahu melihat wajah Bilal. Dalam masa sama, ramai juga berkomentar secara menyindir atau bergurau selain saling ‘bergaduh’ dengan peminat Neelofa.

“Heboh nak tengok bilal, pergilah masjid,” komen seorang netizen diikuti banyak tanda ‘suka’.

Ada juga secara berseloroh yang bertanyakan bila sebenarnya tarikh ‘pelancaran’ Bilal.

“Bila nak launching Bilal ni agak-agak?,” tanya Bachik Sofian.

Ekoran desakan tidak sudah peminat Neelofa mahu melihat wajah Bilal, ada yang mengingatkan bahawa tidak jadi jutawan pun kalau Neelofa dan PU Riz menunjukkan muka anak mereka.

“Lepas Neelofa reveal muka Bilal, korang jadi jutawan tak? Tak? Okey, boleh abaikan dan tak perlu excited.

“Banyak lagi benda lain yang boleh di‘excited’kan,” kata pengguna Facebook, Hadrey Ali pula.

Neelofa yang juga bekas pengacara MeleTOP di Astro Ria mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021.

Artis wanita yang sudah jadi jutawan pada usia muda itu merupakan pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd yang terlibat dalam perniagaan berasaskan fesyen tudung, pakaian dan minyak wangi.

Dia juga mendapat sokongan jutaan peminat di akaun Instagram miliknya sehingga melonjakkan perniagaannya apabila dapat mengembangkan pelbagai jenis produk dan memasarkan Naelofar Hijab di lebih 30 negara.

Pada Jun lepas misalnya, Neelofa berjaya melancarkan koleksi Naelofar tema Disney kedua ‘Alice In Wonderland’ di pusat beli-belah IOI City Mall.

Sebelum ini, berkenaan kecaman sesetengah pihak ekoran pendiriannya untuk tidak berkongsikan wajah Bilal, Neelofa berpendapat mereka terbabit sebenarnya mempermainkan kewujudan penyakit Ain.

“Saya lakukannya walau netizen mengecam sekali pun. Saya menitik berat soal kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan anak. Tunggulah, beri Bilal besar sikit,” dipetik BH.

Baca juga Inai asyik kena kritik macam tersepit pintu, Neelofa buat video jawab soalan netizen

Baca juga Macam mana dengan nasib ejen, stokis? Ejen bengang lepas Neelofa umum HQ jual inai dekat Shoppee