Kualiti kerja pemasangan yang teruk mengingatkan orang ramai bahawa individu berkenaan layak menjadi menteri selain contoh akibat buruk rasuah.
Ada yang berpendapat hasil kerja yang tidak senonoh itu antara lain berpunca daripada amalan subkontraktor yang dikatakan agak berleluasa.
“Biasa di Malaysia, bila bajet lain-lain kontraktor. Yang bawa alat orang lain, yang buat beam pasang skru orang lain.
“Padahal, boleh je ambil satu kontraktor untuk dua job tu,” kata Abd Hamim.
Seorang lagi warganet berpendapat gambar hasil kerja yang dikongsikan di media sosial itu akibat salah ukur.
“Wall plug dah tebuk siap, baru sampai tiang. Bila tiang sampai, ukuran tak sama. Ngam hari tu drill tak bawa, lepas tu claim dengan bos tiang siap pasang.
“Dah nampak lubang lari, pakailah wall plug besi yang saiz 10-12 tu, drill yang baru,” kata netizen.
Baca juga ‘Jangan cantas pucuk tapi mulakan dari akar’ – Ringgit merudum, harga barang dibimbangi makin naik
Baca juga Lelaki Jepun dibayar RM319 untuk tidak melakukan apa-apa, inilah impian semua manusia