Macam tu je Khairul Aming padam amarah netizen, Individu ini tunjuk cara KA bertindak yang buatkan ramai puas hati

Oleh KIM SYAZIE

Nama Khairul Aming sejak beberapa hari lalu mendapat perhatian ramai selepas terpalit dengan kontroversi membabitkan pengurusnya yang dikatakan sombong dan berlagak.

Atas sebab itu, Khairul Aming telah mengambil pendekatan memohon maaf atas pengalaman buruk yang dihadapi ramai pihak dan melakukan tindakan drastik memadam semua nombor pengurusnya di media sosial.

Melihat cara usahawan muda itu menangani isu yang berbangkit, meyakinkan lagi betapa pendidikan itu amatlah penting dalam kehidupan ini, kata seorang pengguna Facebook, Amir Zain.

Pemuda berkenaan menyokong tindakan pantas Khairul Aming yang memohon maaf terlebih dahulu kepada semua pihak yang terlibat walaupun dia sebenarnya boleh menyiasat dahulu sebelum melakukan permohonan maaf.

Selain itu, tindakannya yang segera mengambil tanggungjawab atas semua perkara yang berlaku menunjukkan sikap kepimpinan yang membuatkan ramai berpuas hati. Bahkan dengan hanya beberapa Tweet sahaja, pemuda itu berkata Khairul Aming telah berjaya memadam kemarahan orang ramai.

Kami sertakan perkongsian penuh Amir Zain yang ada dimuatnaik di Facebook miliknya.

Melihat cara Khairulaming tangani isu PA dia meyakinkan lagi betapa pendidikan itu amatlah penting dalam kehidupan ini. Isu panas pun dia boleh padamkan dengan beberapa Tweet sahaja. Netizen nak hentam lebih-lebih pun tak boleh dah.

Khairulaming ajar kita:

1. Permohonan maaf itu bukanlah perkataan yang sukar diungkapkan. Permohonan maaf dia adalah secara peribadi lagi. Dia boleh je siasat dulu PA dia baru pohon maaf (jika ada kesalahan) tapi perkataan pertama dia “maaf” kemudian baru rectify.

2. Take charge. Ini kualiti leadership yang power gila. Terus ambil alih kerja PA dia dan uruskan sendiri tanpa menuding jari kepada sesiapa.

3. Tutup aib. Perasan tak dia tak hentam PA dia yang juga kawan baik dia yang buat tahi tu. Ini Tweet dia. “Ramai juga yang nasihat untuk asingkan persahabatan dengan bisnes dan saya setuju benda ini yang paling sukar buat saya sebab saya bermula dari bawah dengan kawan-kawan”. Member buat palat tapi masih hargai kawan.

4. Nilai keikhlasan dan rendah diri. Tulisnya “Saya belajar banyak hari ini dan akan cuba perbaiki lagi lain kali”. Ini laras bahasa orang yang buat jualan RM14 juta ok.

5. Padamkan amarah netizen dengan ada solid action. Dia bukan berjanji apa penambahbaikan akan dilakukan tapi dia terus buat. Tweet dia “Saya telah memadamkan semua contact pengurus daripada media sosial”. Netizen yang tak ada kaitan pun puas hati.

6. Fokus dan buat ikut kemampuan. Dalam perjalanan setiap usahawan, selalu kita tersasar tujuan asal kita bermula. Kesilapan yang boleh jadi fatal kalau tak diperbetulkan. Kata Kahirul Aming dia akan berhenti buat video untuk pelanggan dan focus video masak sendiri sahaja.

Pendidikan itu membentuk cara pemikiran kita tuan puan.

Baca juga: Penjajah tetap penjajah, takziah saja dah cukup-Bekas penyampai berita TV3 dikritik peluk erat foto Ratu Elizabeth

Baca juga: Berkawan rentas negara, lelaki ini siap tambah makan nasi briyani Bangladesh