Malaysia Dateline

Berkawan rentas negara, lelaki ini siap tambah makan nasi briyani Bangladesh

Berkawan biar seribu termasuk rentas negara sekalipun jika saling percaya dan menghormati. Rakaman video lelaki ini berkunjung ke rumah rakannya, seorang warga Bangladesh menarik perhatian netizen.

Menerusi perkongsian di TikTok, dia sebelum itu bertandang ke rumah rakannya yang fasih bercakap bahasa Melayu lantas dihidangkan dengan nasi briyani Bangladesh.

Beliau kemudiannya memuji masakan rakannya itu sangat sedang sehingga minta tambah nasi.

Rakannya yang berasal dari negara di Asia Selatan itu memberitahu dia belajar menu masakan tersebut daripada ibunya.

Rata-rata warganet memuji hubungan baik mereka termasuk adab lelaki Bangladesh itu yang dilihat bercakap sopan.

Baca juga Tak perlu ke luar negara mencari ‘alam kayangan’, negeri ini paling banyak tempat cantik yang rakyat Malaysia sendiri ramai tak sangka